Connect with us

Antarabangsa

Lebih 2,000 lelaki ditahan banteras kahwin kanak-kanak bawah umur di India

Polis India menahan lebih 2,000 lelaki dalam usaha membanteras perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah usia 18 tahun di negeri timur laut.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 2,000 lelaki ditahan banteras kahwin kanak-kanak bawah umur di India
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis India menahan lebih 2,000 lelaki dalam usaha membanteras perkahwinan kanak-kanak secara haram membabitkan kanak-kanak perempuan di bawah usia 18 tahun di negeri timur laut.
  • Mereka yang ditahan termasuk lebih 50 sami Hindu dan pendakwah Islam kerana melaksanakan perkahwinan untuk gadis bawah umur di Assam. – Ketua Polis Gyanendra, Pratap Singh
  • “Setakat ini kami sudah menahan 2,169 lelaki berdasarkan 4,074 kes dilaporkan membabitkan seramai kira-kira 8,000 lelaki.”
  • “Perkahwinan kanak-kanak menjadi antara punca kematian bayi dan kadar kematian ibu yang tinggi di negeri ini,” katanya.

GUWAHATI, INDIA: Polis India menahan lebih 2,000 lelaki dalam usaha membanteras perkahwinan kanak-kanak secara haram membabitkan kanak-kanak perempuan di bawah usia 18 tahun di negeri timur laut.

Ketua Polis Gyanendra, Pratap Singh, berkata mereka yang ditahan termasuk lebih 50 sami Hindu dan pendakwah Islam kerana didakwa melaksanakan perkahwinan untuk gadis bawah umur di Assam.

“Setakat ini kami sudah menahan 2,169 lelaki berdasarkan 4,074 kes dilaporkan membabitkan seramai kira-kira 8,000 lelaki.

“Perkahwinan kanak-kanak menjadi antara punca kematian bayi dan kadar kematian ibu yang tinggi di negeri ini,” katanya.

Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, kebanyakan kes perkahwinan kanak-kanak di Assam yang mempunyai 35 juta orang penduduk, tidak dilaporkan.

Hanya 155 kes perkahwinan kanak-kanak di negeri ini didaftarkan pada 2021 dan 138 pada 2020.

Di India umur sah berkahwin adalah 21 tahun untuk lelaki dan 18 tahun untuk wanita, namun kemiskinan, kekurangan pendidikan dan norma serta amalan sosial, khususnya di kawasan luar bandar, dianggap sebagai punca perkahwinan kanak-kanak berlaku di seluruh negara.

Susulan penahanan itu, beberapa wanita muda bersama bayi menangis dan membantah penahanan mengejut suami masing-masing.

Parlimen India sedang mempertimbangkan undang-undang untuk meningkatkan umur perkahwinan bagi wanita kepada 21 daripada 18 tahun, sekali gus menyamai had umur lelaki.

Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak India, Smriti Irani, berkata di Parlimen pada Jumaat, langkah itu akan membolehkan kanak-kanak perempuan menamatkan pendidikan mereka dan mencapai kemerdekaan ekonomi selain mencapai kematangan fizikal dan psikologi. – AP

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending