Antarabangsa
Wakil rakyat BJP merangkap sami Hindu hina wanita berhijab, Pelajar Muslim protes di Jaipur
Sekumpulan pelajar Muslim di sekolah kerajaan di Jaipur, Rajasthan, India, berhimpun pada Isnin bagi memprotes kenyataan wakil rakyat dari parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina wanita berhijab.
- Sekumpulan pelajar Muslim di sekolah kerajaan di Jaipur, Rajasthan, India, berhimpun pada Isnin bagi memprotes kenyataan wakil rakyat dari parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina wanita berhijab.
- Pelajar Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Gangapol mengadakan protes berkenaan di luar Balai Polis Subhash Chowk terhadap wakil rakyat BJP itu yang juga seorang sami Hindu, ‘Baba’ Balmukund Acharya atau Sanjay Sharma.
- Menerusi video tersebar luas, The Wire melaporkan Acharya hadir sebagai tetamu semasa sambutan Hari Republik di sekolah berkenaan pada Jumaat lalu, di mana dia menghina wanita berhijab.
- Dalam video itu Acharya dilihat bertanyakan soalan kepada guru di sekolah terbabit yang berbunyi, “Apakah isu dengan hijab ini? Adakah gadis-gadis ini sudah berkahwin?”.
- “Suasana rosak disebabkan hijab,” kata Acharya sebelum melaungkan slogan ‘Jai Shree Ram’ yang bermaksud kemuliaan Tuhan Rama di sekolah itu.
Sekumpulan pelajar Muslim di sekolah kerajaan di Jaipur, Rajasthan, India, berhimpun pada Isnin bagi memprotes kenyataan wakil rakyat dari parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina wanita berhijab.
Pelajar Sekolah Menengah Perempuan Gangapol mengadakan protes berkenaan di luar Balai Polis Subhash Chowk terhadap wakil rakyat BJP itu yang juga seorang sami Hindu, ‘Baba’ Balmukund Acharya atau Sanjay Sharma.
Menerusi video tersebar luas, The Wire melaporkan Acharya hadir sebagai tetamu semasa sambutan Hari Republik di sekolah berkenaan pada Jumaat lalu, di mana dia menghina wanita berhijab.
Dalam video itu Acharya dilihat bertanyakan soalan kepada guru di sekolah terbabit yang berbunyi, “Apakah isu dengan hijab ini? Adakah gadis-gadis ini sudah berkahwin?”.
Wakil rakyat rasis itu juga turut bertanyakan soalan adakah seseorang boleh bernafas dalam hijab.
“Suasana rosak disebabkan hijab,” kata Acharya sebelum melaungkan slogan ‘Jai Shree Ram’ yang bermaksud kemuliaan Tuhan Rama di sekolah itu.
Acharya merupakan Ahli Parlimen baru yang menjadi tumpuan berita sejak memenangi kerusi Hawa Mahal semasa pilihan raya Disember lalu dengan majoriti tipis.
Terdahulu, Acharya dilihat memeriksa kedai daging dan menggesa pentadbiran mengambil tindakan terhadap apa digelarnya sebagai “rumah penyembelihan haram” sambil menambah “dia tidak akan membiarkan Jaipur yang juga dikenali sebagai ‘Choti Kashi’ menjadi Karachi”. – The Merdeka Times