Terkini
Kedutaan Turkiye ucap terima kasih kepada Malaysia
Kedutaan Turkiye di sini menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas bantuan pantas menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam misi mencari dan menyelamat berikutan gempa bumi yang melanda Turkiye semalam.
- Kedutaan Turkiye di Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas bantuan pantas menghantar pasukan SMART ke Turkiye.
- Kedutaan negara itu menulis ciapan di Twitter bersama beberapa gambar dan video pasukan SMART berlepas ke Turkiye.
- 70 anggota SMART yang terlibat dalam misi tersebut terdiri daripada pasukan perubatan dari Kor Kesihatan DiRaja, Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pasukan khas bahan kimia berbahaya.
- Setakat ini sekurang-kurangnya 2,379 mangsa terbunuh dan 14,483 orang dari 10 daerah tercedera.
KUALA LUMPUR: Kedutaan Turkiye di sini menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas bantuan pantas menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam misi mencari dan menyelamat berikutan gempa bumi yang melanda Turkiye semalam.
Kedutaan negara itu menulis ciapan di Twitter bersama beberapa gambar dan video pasukan SMART berlepas ke Turkiye dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam tadi.
70 anggota SMART yang terlibat dalam misi tersebut terdiri daripada pasukan perubatan dari Kor Kesihatan DiRaja, Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pasukan khas bahan kimia berbahaya.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkesan akibat gempa bumi itu. Kesemua 13 orang rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas disahkan selamat.
Media Turkiye melaporkan setakat ini sekurang-kurangnya 2,379 mangsa terbunuh dan 14,483 orang dari 10 daerah tercedera berikutan dua gempa kuat yang melanda wilayah selatan negara itu semalam.
Gempa bumi itu turut memberi kesan kepada Syria dengan hampir 1,300 kematian dan 2,400 orang lagi cedera.
SUMBER: BERNAMA
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia