Antarabangsa
Israel tidak mahu Assad disingkirkan, kata pegawai AS kepada Turkiye
- Turkiye dimaklumkan pegawai Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan ini bahawa Israel tidak mahu Presiden Syria, Bashar al-Assad disingkirkan daripada kuasa walaupun selepas serangan pemberontak anti-rejim merampas bandar seperti Aleppo dan Hama.
- Perkara itu didedahkan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dalam satu wawancara pada Ahad.
- “Israel tidak pernah mahu Bashar pergi,” Fidan memberitahu stesen TV Al Hadath dipetik MEE.
- “Israel tidak berpuas hati dengan ruang yang diberikan Bashar kepada Iran. Walaupun selepas operasi pemberontak bermula, Amerika menyampaikan kepada kami bahawa Israel tidak mahu Bashar pergi,” katanya.
Turkiye dimaklumkan pegawai Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan ini bahawa Israel tidak mahu Presiden Syria, Bashar al-Assad disingkirkan daripada kuasa walaupun selepas serangan pemberontak anti-rejim merampas bandar seperti Aleppo dan Hama.
Perkara itu didedahkan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dalam satu wawancara pada Ahad.
“Israel tidak pernah mahu Bashar pergi,” Fidan memberitahu stesen TV Al Hadath dipetik Middle East Eye (MEE).
“Israel tidak berpuas hati dengan ruang yang diberikan Bashar kepada Iran. Walaupun selepas operasi pemberontak bermula, Amerika menyampaikan kepada kami bahawa Israel tidak mahu Bashar pergi,” katanya.
Fidan juga mendedahkan bahawa semasa lawatan 2016 ke Turkiye, Naib Presiden AS ketika itu Joe Biden memaklumkan kepada Ankara bahawa Washington menentang usaha untuk menggulingkan Assad.
“Dia memberitahu kami bahawa AS tidak mahu Bashar pergi,” kata Fidan.
Menteri Luar Turkiye itu berkata, “Kami (Turkiye) faham bahawa ini bukan pendiriannya sendiri tetapi pendirian Israel”. – The Merdeka Times