Connect with us

Antarabangsa

Presiden Turkiye salahkan komuniti gay kerana kadar kelahiran menurun

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan
  • Turkiye lancar “Tahun Untuk Keluarga” tangani masalah penduduk.
  • Presiden negara itu salahkan LGBTQ dan masyarakat kerana masalah itu.
  • Erdogan sifatkan keadaan itu mencemaskan.

ANKARA — Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan menyalahkan komuniti LGBTQ + berikutan menjadi antara penyumbang kepada kejatuhan kadar kelahiran di negara tersebut.

Erdogan dalam ucapan pada majlis pelancaran “Tahun Untuk Keluarga” berkata sebuah keluarga yang kuat membuka jalan untuk pembentukan negara yang kukuh.

“Tetapi institusi kekeluargaan kini sedang ancam termasuk dari golongan gay yang merupakan satu konspirasi asing untuk melemahkan Turkiye,” kata Erdoğan.

“Tahun Untuk Keluarga” adalah inisiatif Turkiye dalam memulihkan kadar kelahiran yang semakin menurun di negara itu.

Kadar pertumbuhan penduduk di Turkiye jatuh dari 2.53% pada 2015 kepada 0.23% tahun lalu.

Erdoğan menyifatkan keadaan itu mencemaskan. Beliau turut menegur keluarga yang tidak mengendahkan nasihatnya pada tahun 2007 supaya setiap keluarga perlu ada sekurang-kurangnya tiga orang anak.

Katanya jika tiada tindakan diambil bagi menangani masalah dihadapi, Turkiye tidak akan dapat diselamatkan. – The Merdeka Times

Author