Connect with us

Antarabangsa

Kanada sekat aplikasi TikTok pada gajet milik kerajaan

Keputusan dibuat atas faktor aplikasi berkenaan membawa risiko tinggi kepada keselamatan dan privasi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kanada sekat aplikasi TikTok pada gajet milik kerajaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Keputusan dibuat atas faktor aplikasi berkenaan berisiko tinggi kepada keselamatan dan privasi.
  • Kanada turut mengenakan sekatan ke atas kakitangan persekutuan daripada memuat turun aplikasi itu di masa hadapan.
  • “Dalam setiap langkah kami, kami akan memastikan rakyat kanada selamat.” – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
  • “Dan saya yakin ketika kerajaan mengambil langkah signifikan untuk memberitahu semua kakitangan kerajaan mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan aplikasi TikTok dalam telefon mereka, ramai rakyat lain dari sektor perniagaan dan swasta akan mengambil langkah keselamatan yang sama,” katanya.

KANADA umum sekatan ke atas aplikasi media sosial TikTok daripada gajet milik kerajaan.

Keputusan dibuat atas faktor aplikasi berkenaan membawa risiko tinggi kepada keselamatan dan privasi.

Kanada turut mengenakan sekatan ke atas kakitangan persekutuan daripada memuat turun aplikasi itu di masa hadapan.

Sekretariat Perbendaharaan Kanada sebelum ini mendakwa kaedah pengumpulan data oleh aplikasi TikTok memberi akses kandungan kepada telefon.

Tindakan Kanada, menurut Perdana Menteri Justin Trudeau, mungkin mencetus pihak lain untuk meningkatkan keselamatan berkaitan data mereka.

“Dalam setiap langkah kami, kami akan memastikan rakyat kanada selamat.

“Dan saya yakin ketika kerajaan mengambil langkah signifikan untuk memberitahu semua kakitangan kerajaan mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan aplikasi TikTok dalam telefon mereka, ramai rakyat lain dari sektor perniagaan dan swasta akan mengambil langkah keselamatan yang sama,” katanya.

Dalam reaksi segera TikTok sifatkan ia kecewa dengan keputusan Kanada.

Namun tiada isu keselamatan khusus dibangkitkan.

Sementara itu, perkembangan ini menyebabkan hubungan Kanada dan China yang sedia tegang sebelum ini berlanjutan.

Ottawa sebelum ini mendakwa Beijing cuba mempengaruhi proses pilihan raya, termasuk menjalankan aktiviti pemantauan melalui laut dan udara.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Beijing.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *