Antarabangsa
Gempa bumi Turkiye: 20 banduan lari dari penjara Syria
Seramai 20 banduan yang memberontak di barat laut Syria dilaporkan meloloskan diri dari penjara yang musnah berikutan dua gempa bumi kuat berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda tenggara Turkiye sempadan Syria, semalam.
- Menurut sumber, penjara polis tentera di bandar Rajo berhampiran sempadan Turki menahan kira-kira 2,000 banduan dengan kira-kira 1,300 mereka disyaki pejuang Islamic State (IS). Penjara itu juga dikatakan menahan pejuang dari pasukan Kurdish.
- “Selepas gempa bumi melanda, penjara di Rajo terjejas dan banduan mula memberontak dan mengawal bahagian penjara.
- Kira-kira 20 banduan melarikan diri… yang dipercayai militan IS,” kata pegawai penjara Rajo.
AZAZ: Seramai 20 banduan yang memberontak di barat laut Syria dilaporkan meloloskan diri dari penjara yang musnah berikutan dua gempa bumi kuat berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda tenggara Turkiye sempadan Syria, semalam.
Menurut sumber, penjara polis tentera di bandar Rajo yang berhampiran sempadan Turki menahan kira-kira 2,000 banduan dengan kira-kira 1,300 daripada mereka disyaki pejuang Islamic State (IS).
Penjara itu juga dikatakan menahan pejuang dari pasukan Kurdish.
“Selepas gempa bumi melanda, penjara di Rajo terjejas dan banduan mula memberontak dan mengawal bahagian penjara.
“Kira-kira 20 banduan melarikan diri… yang dipercayai militan IS,” kata pegawai di penjara Rajo yang dikawal oleh puak pro-Turki.
Tambah sumber, dua gempa bumi kuat berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud yang diikuti oleh berpuluh-puluh gegaran susulan menyebabkan kerosakan pada penjara dengan dinding dan pintu retak.
Pemantau perang, Syrian Observatory for Human Rights yang berpangkalan di Britain berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada banduan berkenaan melarikan diri, tetapi mengesahkan terdapat pemberontakan.
Sekurang-kurangnya 1,444 orang maut semalam di seluruh Syria selepas gempa bumi dahsyat yang berpusat di barat daya Turki, kata kerajaan dan penyelamat.
Di bahagian yang dikuasai pemberontak di barat laut negara itu, sekurang-kurangnya 733 orang terbunuh dan lebih 2,100 cedera, menurut kumpulan penyelamat White Helmets.
Pemberontakan di Rajo berlaku susulan serangan IS pada Disember tahun lalu ke atas kompleks keselamatan di bekas ibu kota de facto Syria mereka, Raqa, yang bertujuan membebaskan rakan jihad dari penjara di sana.
Enam anggota pasukan keselamatan diketuai Kurdish yang mengawal kawasan itu terbunuh dalam serangan yang akhirnya digagalkan itu.
Konflik di Syria bermula pada 2011 apabila berlaku penindasan kejam terhadap rakyat yang melakukan protes aman dan untuk menarik kuasa asing serta pejuang jihad global.
Hampir setengah juta orang terbunuh dan konflik itu memaksa kira-kira separuh daripada penduduk meninggalkan rumah mereka dengan ramai yang mencari perlindungan di Turki.-AFP
Sumber: Utusan
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia