Terkini
Belanjawan 2023: Tiada pengenalan GST
Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Keadaan rakyat terbanyak masih susah, inflasi makanan melebihi lima peratus dan kadar upah yang masih rendah, maka ternyata saat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk perkenalkan dan laksanakan GST. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
- “Kerajaan ambil pendekatan lebih progresif dengan luaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai kemampuan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, dalam keadaan rakyat terbanyak masih susah, inflasi makanan melebihi lima peratus dan kadar upah yang masih rendah, maka ternyata saat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenalkan dan melaksanakan GST.
“Kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif dengan meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai kemampuan.
“Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah (seperti), jam tangan mewah, barang fesyen mewah dan segala-gala mewah itu harus dicukai sepatutnya,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Sumber: Berita Harian