Connect with us

Terkini

 Kembalikan GST, kurangkan jumlah cukai dikenakan – Ka Siong

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong menyarankan  kerajaan mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan sebagai efisien.

Wartawan TMT

Published

on

 Kembalikan GST, kurangkan jumlah cukai dikenakan – Ka Siong
Foto: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong.
  • Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong menyarankan kerajaan mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan sebagai efisien.
  • Menurut bekas Menteri Pengangkutan tersebut, mekanisme pelaksanaan cukai berkenaan masih boleh digunakan namun hanya perlu ditambah baik termasuk mengurangkan jumlah cukai yang dikenakan.
  • “Kalau tak suka nama, tukar lah nama… pakailah apa nama (lain) dan lupakan kisah lama. Lima perkara yang telah saya cakap dulu kita masih boleh bagi pemberian tunai, ‘zero rated’, kita boleh bagi pengecualian, kita turunkan daripada enam peratus kepada empat peratus, serta memperbaiki mekanisme untuk pulangan cukai.
  • “Saya rasa kita boleh buat, dan demi kepentingan negara ‘move on’, bawa balik GST,” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong menyarankan  kerajaan mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan sebagai efisien.

Menurut bekas Menteri Pengangkutan tersebut, mekanisme pelaksanaan cukai berkenaan masih boleh digunakan namun hanya perlu ditambah baik termasuk mengurangkan jumlah cukai yang dikenakan.

“Kalau tak suka nama, tukar lah nama… pakailah apa nama (lain) dan lupakan kisah lama. Lima perkara yang telah saya cakap dulu kita masih boleh bagi pemberian tunai, ‘zero rated’, kita boleh bagi pengecualian, kita turunkan daripada enam peratus kepada empat peratus, serta memperbaiki mekanisme untuk pulangan cukai.

“Saya rasa kita boleh buat, dan demi kepentingan negara ‘move on’, bawa balik GST,” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.

Selain itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam tersebut berkata, pemansuhan GST menjadikan cukai korporat Malaysia antara yang tertinggi di rantau ini berbanding negara-negara jiran, iaitu sebanyak 24 peratus.

Tambahnya, Singapura hanya merekodkan 17 peratus cukai korporat; Brunei (18.5 peratus); Kemboja (20 peratus); Vietnam (20 peratus); Thailand (20 peratus); serta Indonesia (21 peratus).

Jelas Wee, keadaan berkenaan menyebabkan syarikat-syarikat asing enggan membuka perniagaan di Malaysia, sebaliknya ‘lari’ ke negara lain.

“Malaysia akan menjadi negara yang kurang daya tarikan untuk syarikat gergasi antarabangsa menubuhkan ibu pejabat serantau di sini.

“Saya bagi contoh pada tahun 2016, Amerika Syarikat (AS) mempunyai cukai korporat sebanyak 25 peratus. Kini, cukai korporat AS pun hanya 21 peratus dan rendah daripada Malaysia.

“Dulu kita laksanakan GST supaya kita dapat turunkan lagi cukai korporat untuk menghampiri Singapura dan mampu bersaing dengan negara jiran untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan asing,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau menyifatkan tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan daripada enam kepada lapan peratus menerusi Belanjawan 2024 baru-baru ini dijangka memberi kesan kepada peningkatan harga barangan.

“Misalnya, syarikat logistik akan dikenakan lapan peratus SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan). Sebelum ini, tidak ada barangan yang dibawa sampai ke kedai dan peningkatan kos akibat SST ini, siapa yang akan tanggung?

“Walaupun kerajaan umum syarikat logistik layak mendapat diesel subsidi tetapi SST lapan peratus tetap kena ditanggung oleh satu pihak, dan ia tidak lain tidak bukan ialah pengguna,” katanya.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending