Connect with us

Antarabangsa

Australia kenakan cukai kepada gergasi teknologi jika gagal bayar saluran berita

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Kerajaan Australia pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengenakan cukai kepada firma Big Tech jika mereka gagal berkongsi hasil dengan organisasi media berita tempatan.
  • Langkah itu, berkuatkuasa mulai 1 Januari, akan memaksa firma seperti Meta dan Google dengan pendapatan berasaskan Australia melebihi 250 juta dolar Australia ($160 juta) untuk membayar kandungan atau berdepan bil cukai besar mencecah jutaan dolar.
  • Menteri Komunikasi Australia, Michelle Rowland berkata pertumbuhan pesat platform digital telah “mengganggu” landskap media dan “mengancam daya maju kewartawanan kepentingan awam”.
  • “(Platform digital) perlu menyokong akses kepada kewartawanan berkualiti yang memaklumkan dan mengukuhkan demokrasi kita,” kata Rowland dipetik Al Jazeera.
  • Peraturan baharu itu akan menyokong syarikat media tradisional yang kini berjuang untuk meneruskan kelangsungan kerana kandungan mereka tersedia secara percuma di platform, sekali gus menghapuskan pendapatan pengiklanan. Ratusan wartawan Australia dilaporkan hilang pekerjaan akibat krisis berterusan itu.

Kerajaan Australia pada Khamis mengumumkan rancangan mengenakan cukai kepada firma Big Tech jika mereka gagal berkongsi hasil dengan organisasi media berita tempatan.

Langkah itu, berkuatkuasa mulai 1 Januari, akan memaksa firma seperti Meta dan Google dengan pendapatan berasaskan Australia melebihi 250 juta dolar Australia ($160 juta) untuk membayar kandungan atau berdepan bil cukai besar mencecah jutaan dolar.

Menteri Komunikasi Australia, Michelle Rowland ketika mengumumkan perkara itu pada Khamis berkata pertumbuhan pesat platform digital telah “mengganggu” landskap media dan “mengancam daya maju kewartawanan kepentingan awam”.

“(Platform digital) perlu menyokong akses kepada kewartawanan berkualiti yang memaklumkan dan mengukuhkan demokrasi kita,” kata Rowland dipetik Al Jazeera.

Peraturan baharu itu akan menyokong syarikat media tradisional yang kini berjuang untuk meneruskan kelangsungan kerana kandungan mereka tersedia secara percuma di platform, sekali gus menghapuskan pendapatan pengiklanan. 

Ratusan wartawan Australia dilaporkan hilang pekerjaan akibat krisis berterusan itu.

Kerajaan Australia berkata syarikat induk Google, Facebook dan TikTok akan menjadi sasaran cukai, yang akan diketepikan jika mereka secara sukarela membuat perjanjian komersial dengan syarikat media Australia.

Di bawah undang-undang diperkenalkan pada 2021, Google dan Meta mencapai perjanjian dengan bilik berita Australia yang bernilai $160 juta.

Bagaimanapun, Meta, selaku pemilik Facebook, Instagram dan WhatsApp, telah menyatakan ia tidak akan memperbaharui pengaturan itu apabila ia tamat tempoh pada Mac depan, dengan alasan berita membentuk sebahagian kecil daripada trafiknya.

Jurucakap Meta dilaporkan berkata Australia “mencaj satu industri untuk memberi subsidi kepada yang lain” dan cadangan itu gagal menjelaskan “realiti bagaimana platform kami berfungsi”.

Google dan Meta dilaporkan telah menolak usaha dalam bidang kuasa lain untuk memberi pampasan kepada saluran berita. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *