Connect with us

Terkini

Belanjawan 2023: Berita gembira untuk B40, miskin tegar & PKS

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberi bayangan Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan akan menggembirakan golongan B40, miskin tegar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Wartawan TMT

Published

on

Belanjawan 2023: Berita gembira untuk B40, miskin tegar & PKS
Foto: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah).
  • Kerajaan akan memperuntukkan dana yang mencukupi untuk mendepani kos sara hidup yang tinggi.
  • “Sebagai KPDN, kita telahpun meminta bajet-bajet yang kita rasa perlu apatah lagi dalam mendepani kos sara hidup, golongan B40 dan miskin tegar.” – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub
  • “Itu (PKS) tidak terlepas kerana PKS salah satu sektor perniagaan yang sumbang besar kepada kenaikan KDNK,” katanya.

SHAH ALAM: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberi bayangan Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan akan menggembirakan golongan B40, miskin tegar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut beliau, kerajaan akan memperuntukkan dana yang mencukupi untuk mendepani kos sara hidup yang tinggi.

“Sebagai KPDN, kita telahpun meminta bajet-bajet yang kita rasa perlu apatah lagi dalam mendepani kos sara hidup, golongan B40 dan miskin tegar.

“Saya percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari pertama dia beri ucapan lepas angkat sumpah memang menekankan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.

Tambah beliau, golongan PKS juga tidak akan diketepikan memandangkan ia merupakan salah satu sektor penyumbang besar terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Itu (PKS) tidak terlepas kerana PKS salah satu sektor perniagaan yang sumbang besar kepada kenaikan KDNK,” ujarnya. 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending