Terkini
Bekalan berkurangan, harga sayuran naik
Harga sayuran yang meningkat sekali ganda terutama selepas Tahun Baharu Cina berlaku disebabkan bekalan yang berkurangan.
- Harga sayuran yang meningkat sekali ganda terutama selepas Tahun Baharu Cina berlaku disebabkan bekalan yang berkurangan.
- Kenaikan harga itu berlaku bagi kebanyakan sayuran tempatan terutama dari Cameron Highlands berbanding bekalan dari Thailand. – Peniaga sayur, Abdul Hashim Daud, 46
- “Antara sayur naik harga ialah timun satu kilogram (kg) mencecah RM7 berbanding dulu hanya RM3, tomato RM8 (RM4), sawi RM6 ke RM7 (RM3), bayam RM6 (RM3), kangkung RM4 (RM1 ke RM2) serta labu RM5 (RM2).
- “Walaupun kami terpaksa naikkan sedikit mungkin dalam RM1 untuk setiap sayur kepada pembeli, namun hanya cukup-cukup lepas modal saja,” katanya.
- “Sayur kalau tak laku lama-lama rosak, jadi mahu tak mahu kami terpaksa turunkan harga untuk melariskan cepat jualan.”
Kuala Lumpur: Harga sayuran yang meningkat sekali ganda terutama selepas Tahun Baharu Cina berlaku disebabkan bekalan yang berkurangan.
Peniaga sayur, Abdul Hashim Daud, 46, berkata, kenaikan harga itu berlaku bagi kebanyakan sayuran tempatan terutama dari Cameron Highlands berbanding bekalan dari Thailand.
“Antara sayur ketara naik harga ialah timun yang sekarang satu kilogram (kg) mencecah RM7 berbanding dulu hanya RM3, tomato RM8 (RM4), sawi RM6 ke RM7 (RM3), bayam RM6 (RM3), kangkung RM4 (RM1 ke RM2) serta labu RM5 (RM2).
“Pembekal memberikan alasan kenaikan disebabkan bekalan berkurangan jadi peniaga kecil macam kami ini terpaksa ambil juga walaupun harga naik.
“Walaupun kami terpaksa naikkan sedikit mungkin dalam RM1 untuk setiap sayur kepada pembeli, namun hanya cukup-cukup lepas modal saja,” katanya ketika ditemui di Pasar Harian Selayang, di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan seharusnya mengawal semua rantaian terutama pembekal kerana golongan itu yang mengawal harga pasaran.
“Suruh kami jual murah sedangkan kami ambil daripada pembekal pun dengan harga memang sudah mahal. Jadi macam mana hendak hidup?
“Sayur kalau tak laku lama-lama rosak, jadi mahu tak mahu kami terpaksa turunkan harga untuk melariskan cepat jualan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Syam Abdul Wahab, 43, berkata, harga sayur mengalami kenaikan dan penurunan tidak menentu sejak sebelum Tahun Baharu Cina lagi.
“Kalau bekalan kurang atau kenaikan barangan tertentu seperti baja, biasanya kami akan dapat harga mahal daripada pembekal.
“Contohnya batang keladi satu ikat dulu RM13 hingga RM14 sekarang kita dapat daripada pembekal RM15 serai pun sama RM60 berbanding RM55 sebelum ini selain daun limau purut RM12 dulu RM10 serta daun kari naik RM18 (RM14 hingga RM15).
“Ada juga kalau bekalan banyak macam pengaga turun kepada RM12 berbanding RM25 satu kg pada sebulan lalu begitu juga dengan daun kunyit,” katanya.
Katanya, dia akan menaikkan harga jualan jika keadaan mendesak sekiranya memperoleh bekalan pada harga mahal daripada pembekal.
“Bukan semua kita naikkan harga. Tengok pada jenis sayur juga kalau dapat dari pembekal betul-betul mahal saya naikkan antara 50 sen ke RM1 saja buat lepas balik modal pun memadai.
“Ada juga saya kekalkan harga lama contohnya daun pisang dulu dapat dari pembekal cuma RM2.20 sekarang RM2.50 tetapi saya masih jual harga sama kepada pembeli,” katanya.
Sementara itu peniaga makanan panas di bangunan pasar itu, Hanim Rahim, 65, berkata, pengguna sepertinya yang membeli dalam kuantiti banyak memang terasa kesan dengan kenaikan harga barangan basah yang berlaku pada masa ini.
“Contohnya timun naik RM7 satu kg berbanding dulu cuma RM2.50 ke RM3 saja serta cili kering sebelum ini memang naik antara RM25, RM27 dan RM29 satu kg sekarang naik lagi RM32 satu kg.
“Sawi, kangkung, bayam, ikan, udang dan sotong pun sama naik tetapi saya malas hendak kira lagi kadang memang tak untung dan tak lepas balik modal pun tapi kita cuba bertahan asalkan dapat bayar sewa kedai dan bil api air serta komitmen dan perbelanjaan harian.
“Sebagai pengguna saya pun faham keadaan peniaga kerana kenaikan harga barang ini memang sudah ditetapkan pembekal,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina