Connect with us

Terkini

Trailer filem “Pulau” di media sosial tidak seperti yang diberi pada LPF

Kandungan trailer filem “Pulau” yang dikongsikan dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak sama.

Wartawan TMT

Published

on

Trailer filem “Pulau” di media sosial tidak seperti yang diberi pada LPF
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kandungan trailer filem “Pulau” yang dikongsikan dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak sama.
  • “Ini merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan di mana pihak kami mendapati bahawa terdapat perbezaan antara kandungan trailer yang dikongsikan di dalam media sosial dengan  kandungan yang dikemukakan untuk penapisan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  • LPF berkata demikian bagi memberi maklum balas susulan kenyataan Fahmi Fadzil berkata beliau tidak boleh bercakap bagi pihak LPF.

 

KUALA LUMPUR – Kandungan trailer filem “Pulau” yang dikongsikan dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak sama.

“Ini merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan di mana pihak kami mendapati bahawa terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikongsikan di dalam media sosial dengan  kandungan yang dikemukakan untuk penapisan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan maklum balas kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang menyifatkan beliau tidak boleh bercakap bagi pihak LPF yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berpendapat trailer filem bergenre seram itu tidak sesuai untuk ditayangkan. 

“Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya seperti dipetik RTM, malam tadi.

Menurut Fahmi beliau turut difahamkan berdasarkan laporan yang diterimanya, berkemungkinan terdapat babak-babak yang dipotong terlepas masuk ke treler filem tersebut. 

Advertisement

“Treler itu tidak ada potongan seperti dalam filem sebenar, tapi saya tidak boleh bercakap lebih daripada itu dan saya mohon dengan rakan-rakan media untuk berhubung dengan pihak LPF. 

“Bagi saya, saya telah minta pihak FINAS untuk di masa hadapan, perkara ini perlu kami teliti, kaji semula dan rombak SOP. Kami tak nak jadi seperti ini, kelulusan itu diberi tanpa penelitian yang lebih khusus, saya rasa perlu ada penelitian,” katanya.

 

Sumber: RTM

Terkini

Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid
  • Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
  • Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
  • “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.” 
  • “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.

“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.

“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.

“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.

Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.

Advertisement

Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

 

Sumber: Sinar Harian

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending