Terkini
Marathon bogel pun boleh jadi acara tahunan, kalau kiblatkan barat
Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria menyanggah kenyataan yang dibuat oleh pertubuhan Women Aid Organisation (WAO) tentang isu filem “Pulau” yang kini hangat diperkatakan.

- Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria menyanggah kenyataan dibuat oleh pertubuhan Women Aid Organisation (WAO) tentang isu filem “Pulau”.
- Katanya, kenyataan mengkritik filem yang mendedahkan wanita dan adegan bercumbuan sebagai ekstrem dan menjadikan negara mundur adalah wajar kerana pertubuhan itu berkiblatkan negara maju.
- “Memang patutlah, sebab kiblat mereka, negara maju seperti di barat,” ujar Dr Rozanizam yang juga menegaskan bahawa marathon bogel pun boleh jadi acara tahunan di negara ini sekiranya berkiblat negara-negara tersebut.
KUALA LUMPUR – Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria menyanggah kenyataan yang dibuat oleh pertubuhan Women Aid Organisation (WAO) tentang isu filem “Pulau” yang kini hangat diperkatakan.
Beliau yang juga Pakar Psikiatri berkata, kenyataan mengkritik filem yang mendedahkan wanita dan adegan bercumbuan sebagai ekstrem dan menjadikan negara mundur adalah wajar kerana pertubuhan tersebut berkiblatkan negara maju.
“Memang patutlah, sebab kiblat mereka, negara maju seperti di barat,” ujar Dr Rozanizam yang juga menegaskan bahawa marathon bogel pun boleh jadi acara tahunan di negara ini sekiranya berkiblat negara-negara tersebut.
Beliau sekali gus menjelaskan bahawa itulah neraca kelompok ini yang begitu sensitif terutamanya dengan isu-isu sensitiviti agama seperti ini.
Tambah Dr Rozanizam, isu akan menjadi lebih sensitif kepada kelompok ini sekiranya ada pihak yang berusaha menegakkan prinsip beragama di dalam negara ini.
Trailer filem genre seram berjudul “Pulau”, baru-baru ini mencetuskan kontroversi sehingga mendapat bantahan dari pelbagai pihak supaya menyemak kembali kelulusan tayangannya.
Selain itu, tidak kurang juga ada pihak yang menyatakan sokongan dan mempertahankan filem tersebut, antaranya Tharma Pillai, pengasas bersama Undi18 yang berpendapat, “it’s just kissing + bikini, which we’ve all seen in international movies”.
Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha pula berpendapat, filem sensasi tersebut tidak wajar untuk dikaji semula kerana tidak wujud unsur lucah dan adegan panas.
Sumber: Samudera
Terkini
Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
- Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
- “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.”
- “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.
“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.
“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.
“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.
Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.
Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Sumber: Sinar Harian
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam