Connect with us

Terkini

Malaysia tidak perlu ikut Barat iktiraf kelompok songsang LGBTQ – Pastor Albert Kok

Malaysia tidak perlu mengikut tindakan Barat menerima dan mengiktiraf kelompok songsang LGBTQ dalam mengejar kemajuan.

Anis Tarmizi

Published

on

Malaysia tidak perlu ikut Barat iktiraf kelompok songsang LGBTQ – Pastor Albert Kok
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia tidak perlu mengikut tindakan Barat menerima dan mengiktiraf kelompok songsang LGBTQ dalam mengejar kemajuan, kata Pastor Albert Kok dari Vision Harvest Church.
  • Malaysia tidak menerima dan membiarkan LGBTQ (seks sesama jantina, lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan dan lain-lain) kerana kelakuan itu adalah tidak  wajar dan keji bagi masyarakat beragama.
  • “Adakah kita mahu mengikut Barat menerima LGBTQ supaya kita disanjung oleh dunia dan sebagainya? Adakah ini benar-benar dipanggil progresif? Sudah tentu tidak,“ katanya kepada The Merdeka Times mengulas laporan Indeks Hak Trans Global yang meletakkan Malaysia di kedudukan kedua dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.
  • “Dari sudut agama Kristian, Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan, hanya dua jantina,” kata mubaligh Kristian itu menegaskan tiada bukti saintifik menunjukkan manusia dilahirkan dengan kromosom homoseksual, kecuali kromosom lelaki atau perempuan sahaja wujud.

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak perlu mengikut tindakan Barat menerima dan mengiktiraf kelompok songsang LGBTQ dalam mengejar kemajuan.

Pastor Albert Kok dari Vision Harvest Church berkata, negara tetap akan maju tanpa mengikuti cara dan acuan Barat itu.

Katanya, negara ini tidak menerima dan membiarkan LGBTQ (seks sesama jantina, lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan dan lain-lain) kerana kelakuan itu adalah tidak wajar dan keji bagi masyarakat beragama.

“Adakah kita mahu mengikut Barat menerima LGBTQ supaya kita disanjung oleh dunia dan sebagainya? Adakah ini benar-benar dipanggil progresif? Sudah tentu tidak,“ katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Pastor Albert berkata demikian ketika mengulas laporan Indeks Hak Trans Global yang meletakkan Malaysia di kedudukan kedua, di belakang Guyana, dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.

Untuk rekod, Guyana adalah negara di Amerika Selatan dengan majoriti populasinya adalah penganut Kristian.

Menerusi data direkodkan dalam indeks global itu, Malaysia mencatat -105 mata dengan rating ‘F’ di mana kelompok transgender dikatakan berdepan pelbagai halangan dalam negara, sekaligus menjadi sasaran pihak polis.

Mengulas lanjut, Pastor Albert berkata penolakan terhadap kelompok songsang itu perlu dilakukan demi menjaga keharmonian masyarakat pelbagai agama dan kaum di Malaysia.

Katanya, pendidikan di awal usia, di rumah mahupun sekolah yang menerapkan nilai dan moral, amat penting.

“Pendidikan seawal usia di rumah dan di sekolah harus mempunyai kurikulum yang betul tentang nilai dan moral yang betul,” katanya.

Beliau berkata kedudukan Malaysia dalam indeks global itu dipengaruhi beberapa tindakan kerajaan yang dilihat menentang kelompok songsang itu.

“Banyak faktor yang mempengaruhi kedudukan itu, misalnya rampasan jam tangan Swatch yang mempunyai tulisan LGBTQ dan juga seruan pengharaman konsert Coldplay akan datang oleh PAS dan sebagainya.

“Dari sudut agama Kristian, Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan, hanya dua jantina,” kata mubaligh Kristian itu menegaskan tiada bukti saintifik menunjukkan manusia dilahirkan dengan kromosom homoseksual, kecuali kromosom lelaki atau perempuan sahaja wujud. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending