Terkini
Hak LGBTQ: Indeks asing tidak terpakai, Malaysia amal sistem nilai berbeza dengan Barat
Sebarang bentuk penilaian asing terhadap kebebasan di Malaysia, khususnya berkaitan hak LGBTQ, tidak perlu dirujuk kerana negara ini mengamalkan sistem nilai berbeza dengan Barat.

- Sebarang bentuk penilaian asing terhadap kebebasan di Malaysia, khususnya berkaitan hak LGBTQ, tidak perlu dirujuk kerana negara ini mengamalkan sistem nilai berbeza dengan Barat.
- Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan, sekaligus dijadikan asas rujukan negara yang menyaksikan batasan dan kawalan terhadap LGBTQ.
- “Jadi dalam konteks ini perundangan yang wujud dalam negara kita khususnya mengawal hubungan sejenis itu sesuatu yang perlu sedangkan barat menganggap ia satu sekatan kepada kebebasan LGBTQ,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
- Katanya, Malaysia tidak pernah melakukan kezaliman terhadap mereka yang berdepan krisis identiti sebaliknya pelbagai mekanisme disediakan untuk membantu kelompok songsang itu.
- Media tempatan hari ini melaporkan mengenai laporan Indeks Hak Trans Global yang meletakkan Malaysia di kedudukan kedua, di belakang negara Amerika Selatan, Guyana, dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.
KUALA LUMPUR — Sebarang bentuk penilaian asing terhadap kebebasan di Malaysia, khususnya berkaitan hak LGBTQ, tidak perlu dirujuk kerana negara ini mengamalkan sistem nilai berbeza dengan Barat.
Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan, sekaligus dijadikan asas rujukan negara.
Katanya, berdasarkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan itu, maka terdapat batasan dan kawalan terhadap LGBTQ.
“Jadi dalam konteks ini perundangan yang wujud dalam negara kita khususnya mengawal hubungan sejenis itu sesuatu yang perlu sedangkan Barat menganggap ia satu sekatan kepada kebebasan LGBTQ.
“Saya rasa ini antara faktor penting mengapa Malaysia berada di tempat rendah dari sudut penilaian indeks Hak Trans Global,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Indeks Hak Trans Global yang meletakkan Malaysia di kedudukan kedua, di belakang negara Amerika Selatan, Guyana, dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.
Menerusi data direkodkan dalam indeks itu, Malaysia mencatat -105 mata dengan rating ‘F’ di mana golongan transgender dikatakan berdepan pelbagai halangan dalam negara, sekaligus menjadi sasaran pihak polis.
Mengulas dakwaan laporan itu bahawa kelompok LGBTQ didiskriminasi di Malaysia, Muhammad Fathi berkata negara ini tidak pernah melakukan kezaliman terhadap mereka yang berdepan krisis identiti, sebaliknya pelbagai mekanisme disediakan untuk membantu kelompok songsang itu.
“Tapi kita tidaklah memberi mereka kebebasan untuk mereka mengadakan aktiviti secara terbuka seperti kita lihat di sesetengah negara mereka berhimpun bercium ciuman sesama jantina lelaki dengan lelaki, wanita dengan wanita.
“Apabila laporan itu menyebut soal sekatan atau tindakan daripada pihak polis sebenarnya itu berkait rapat dengan undang-undang di negara kita… itupun dalam konteks penguatkuasaan masih lagi terdapat langkah-langkah yang bertimbang rasa tidak lah terlalu rigid khususnya dalam konteks ingin menghadapi isu LGBT sebagai satu masalah sosial,” katanya.
Muhammad Fathi berkata Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan pula menjamin hak persamaan, termasuk dalam konteks jantina diiktiraf di negara ini iaitu lelaki dan wanita.
Katanya, dalam konteks itu tiada sesiapa didiskriminasikan dari sudut perundangan kerana kelompok LGBTQ, turut termasuk dalam salah satu jantina sama ada lelaki atau wanita. — The Merdeka Times
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas