Connect with us

Terkini

Isu trailer filem Pulau: Penonton perlu buat tapisan kendiri – pensyarah

Susulan kontroversi trailer filem Pulau yang dikatakan berunsur “lucah, pornografi ringan dan tidak sesuai” timbul pertikaian jika saringan daripada Lembaga Penapisan Filem tidak cukup ketat.

Wartawan TMT

Published

on

Susulan kontroversi trailer filem Pulau yang dikatakan berunsur "lucah, pornografi ringan dan tidak sesuai" timbul pertikaian jika saringan daripada Lembaga Penapisan Filem tidak cukup ketat.
Foto: Gambar Filem Pulau
  • Susulan kontroversi trailer filem Pulau dikatakan berunsur “lucah, pornografi ringan dan tidak sesuai” timbul pertikaian jika saringan dari Lembaga Penapisan Filem tidak cukup ketat.
  • Orang bukan Islam tidak boleh dihalang untuk berkarya manakala adegan yang didakwa panas dan menghairahkan itu pula lakonan oleh orang bukan Islam. – Pensyarah Bahasa Moden dan Komunikasi, Hani Salwah Yaakup 
  • Filem itu juga bukan diklasifikasikan sebagai tontonan umum tetapi di bawah klasifikasi PG13, bermaksud penonton berumur di bawah 13 tahun perlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton. – Hani Salwah Yaakup 
  • “Pakaian pelakon dalam filem-filem barat lebih mencolok mata berbanding pelakon dalam trailer Pulau itu.” – Pensyarah Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara, Azlim Ibrahim
  • “Sebagai pengamal media kita sepatutnya beri hiburan, atas khalayak yang perlu menilai baik atau buruk,” – Bekas pegawai kanan Astro, Nazim Abdul Rahim

Susulan kontroversi trailer filem Pulau yang dikatakan berunsur “lucah, pornografi ringan dan tidak sesuai” timbul pertikaian jika saringan daripada Lembaga Penapisan Filem tidak cukup ketat.

Terdapat juga persoalan mengenai sejauh mana kerajaan dapat mengawal capaian akses internet yang mendedahkan pengguna kepada saluran media dengan isi kandungan tanpa penapisan.

Mengulas isu trailer Pulau, Pensyarah Bahasa Moden dan Komunikasi, Hani Salwah Yaakup memberitahu Malaysiakini masyarakat memerlukan penapisan kendiri.

Kata Hani, orang bukan Islam tidak boleh dihalang untuk berkarya manakala adegan yang didakwa panas dan menghairahkan itu pula lakonan oleh orang bukan Islam.

“Jadi yang kita boleh lakukan adalah kita membuat self-censorship,” katanya.

Hani berkata hal ini kerana Lembaga Penapis Filem (LPF) sudahpun menunaikan tanggungjawabnya untuk mengawal penerbitan filem di Malaysia.

Hani berkata filem itu juga bukan diklasifikasikan sebagai tontonan umum tetapi di bawah klasifikasi PG13, bermaksud penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton.

Klasifikasi ini juga memberitahu filem yang berkenaan mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.

Menurut Hani lagi, memperoleh kelulusan daripada LPF bagi menayangkan sesebuah filem bukanlah hal yang mudah.

“Sebab LPF dianggotai oleh orang yang bukan calang-calanglah.

“Mereka bukan senang untuk meluluskan sesebuah filem itu untuk dikategorikan lucah atau tidak lucah,” katanya.

Tambahnya, melalui pembacan di media, terdapat adegan panas dalam filem itu telah dipotong oleh LPF.

“Jadi saya rasa mesti ada potongan dalam filem ini,” kata Hani.

Bukan filem lucah – LPF

Sementara itu, Hani menjelaskan trailer Pulau yang tersebar dalam talian bukan bawah bidang kuasa LPF.

“Bila dah masuk ke internet bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Jadi LPF tak boleh nak masuk campur urusan di internet,” katanya.

Semalam, Lembaga Penapis Filem (LPF) menjelaskan bahawa Pulau bukan filem lucah.

“Filem Pulau adalah sebuah filem seram dan bukan filem lucah seperti yang digembar-gemburkan,” kata badan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu.

Dalam perkembangan berkaitan, pensyarah Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara Azlim Ibrahim turut membangkitkan mengenai capaian penduduk Malaysia terhadap bermacam kandungan filem di pelbagai saluran media di internet.

“Berdasarkan daripada (kenyataan) timbalan menteri besar, kalau tak silap saya di Kelantan, dia tiada panggung wayang tapi ada Netflix.

“Kalau tengok Netflix maksudnya kandungan lebih teruklah,” katanya.

Jelasnya lagi, pakaian pelakon dalam filem-filem barat lebih mencolok mata berbanding pelakon dalam trailer Pulau itu.

Azlim merujuk kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah pada Julai tahun lalu apabila dia menjelaskan kenapa ketiadaan panggung wayang di negeri itu bukanlah satu isu besar.

“Di Kelantan, rakyat sendiri tidak bising tentang isu pawagam. Tak ada (isu) bagi mereka. Sebab mereka boleh tengok, macam saya sebut tadi, dalam Netflix.

“Netflix ini you boleh tengok semua,” kata Mohd Amar.

Tengok dulu, baru nilai

Dalam pada itu, Azlim berpendapat sesuatu filem tidak boleh di sebut sama ada lucah atau tidak hanya dengan melihat trailer semata-mata.

“Saya sarankan tengok dahulu filem itu, baru nilai,” kata Azlim.

Pun begitu, Azlim merasakan Pulau hanya sekadar cerita mengenai sekumpulan anak muda yang pergi ke pulau untuk bercuti, berbuat sesuatu yang tidak baik dan kemudian mendapat balasannya.

Sementara itu, Azlim mencadangkan pembikin filem Islam tempatan sebaiknya menghasilkan lebih banyak lagi filem patuh syariah sebagai santapan rohani masyarakat.

Terdahulu, trailer Pulau mencetus perasaan tidak puas hati beberapa pihak, termasuk pemimpin PAS, selepas tular trailer rasmi naskhah berkenaan yang didakwa mempunyai unsur lucah dan ‘soft porn’.

Mereka antaranya mempersoal bagaimana filem seperti itu mampu melepasi saringan Lembaga Penapis Filem (LPF) kerana mengandungi kandungan yang didakwa tidak bersesuaian seperti watak lelaki tidak berbaju, wanita berbikini serta babak berpelukan.

Bekas timbalan menteri agama Ahmad Marzuk Shaary turut menyifatkannya sebagai ‘lucah’ dan menyindir pemimpin kerajaan kerana berdiam diri.

GSC sebelum itu memuat naik trailer Pulau ke Youtube.

Menurut rangkaian panggung wayang itu, filem mendapat arahan Euho itu berkisarkan percutian sekumpulan anak muda yang bertukar menjadi mimpi ngeri selepas bermalam di sebuah pulau terpencil.

Sementara itu, pensyarah sambilan yang merupakan bekas pegawai kanan Astro, Nazim Abdul Rahim pula merasakan fungsi treler itu sendiri memang bertujuan menarik perhatian.

Nazim berkata adalah sukar untuk orang berkarya jika terlalu banyak larangan.

“Orang nak berkarya kot. Kalau itu tidak boleh, ini tidak boleh, adalah susah,” katanya.

“Sebagai pengamal media kita sepatutnya memberi hiburan, atas khalayak yang perlu menilai baik atau buruk,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending