Connect with us

Antarabangsa

Taliban potong tangan pencuri di Afghanistan

Taliban dilaporkan memotong tangan empat lelaki di khalayak ramai di Stadium Ahmad Shahi selepas didakwa mencuri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Taliban potong tangan pencuri di Afghanistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Taliban dilaporkan memotong tangan empat lelaki di khalayak ramai di Stadium Ahmad Shahi, Kandahar, selepas didakwa mencuri.
  • “Orang ramai disebat, dipotong dan dibunuh di Afghanistan tanpa perbicaraan adil dan proses sewajarnya,” dakwa bekas Penasihat Dasar kepada Menteri Penempatan Semula Afghanistan dan Menteri Pelarian, Shabnam Nasimi.
  • Aktivis wanita itu, yang kini berada di United Kingdom (UK), menyifatkan tindakan kerajaan sementara Afghanistan sebagai melanggar hak asasi manusia.
  • Taliban sebelum ini melaksanakan hukuman sebat secara terbuka ke atas sembilan individu yang disabitkan kesalahan merompak dan ‘liwat’ di stadium sama semalam.
  • Mahkamah Agung Afghanistan dalam kenyataan berkata, sembilan pesalah itu dihukum atas tuduhan merompak dan ‘liwat’ seperti diciap Tolo News di laman Twitter.

KANDAHAR: Taliban dilaporkan memotong tangan empat lelaki di khalayak ramai di Stadium Ahmad Shahi selepas didakwa mencuri.

“Taliban dilaporkan memotong tangan empat orang di stadium bola sepak di Kandahar selepas dituduh mencuri di hadapan khalayak.

“Orang ramai disebat, dipotong dan dibunuh di Afghanistan tanpa perbicaraan adil dan proses sewajarnya.

“Ini adalah pelanggaran hak asasi manusia,” ciap bekas Penasihat Dasar kepada Menteri Penempatan Semula Afghanistan dan Menteri Pelarian di United Kingdom (UK), Shabnam Nasimi di Twitter.

Taliban melaksanakan hukuman sebat secara terbuka ke atas sembilan individu yang disabitkan kesalahan merompak dan ‘liwat’ di stadium berkenaan semalam.

Mahkamah Agung dalam kenyataan, berkata sembilan pesalah itu dihukum atas tuduhan merompak dan ‘liwat’ seperti diciap Tolo News di laman Twitter.

Pihak berkuasa tempatan dan penduduk turut hadir menyaksikan hukuman itu, manakala jurucakap gabenor wilayah berkenaan, Haji Zaid, berkata banduan terbabit disebat 35 hingga 39 kali.

Taliban meneruskan hukuman sebat dan mati secara terbuka terhadap penjenayah mengikut dekri pemimpin tertingginya biarpun menerima kecaman antarabangsa.

Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sangat terkilan dengan pelaksanaan hukuman mati secara terbuka dan sebatan yang diteruskan di Afghanistan serta menyeru pihak berkuasa de facto untuk menghentikan semua bentuk hukuman berat, kejam dan merendahkan martabat secara serta-merta.

Sumber: Berita Harian

 

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *