Connect with us

Terkini

(VIDEO) Taliban tidak tindas wanita Afghanistan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Dari kiri Petugas kemanusiaan, Lila Ruzaini Hussain & Pengasas NGO 'Childrity', Farah Lee

KUALA LUMPUR — Pemerintah Taliban di Afghanistan tidak menindas golongan wanita di negara itu, sebaliknya terdapat beberapa faktor, termasuk perbezaan budaya dan adat, yang membuatkan wanita dilihat seakan-akan ditindas.

Petugas kemanusiaan, Lila Ruzaini Hussain yang melihat sendiri situasi di Afghanistan berkata, negara itu sememangnya sinonim dengan dakwaan kononnya wanita tiada hak, tidak dibenarkan bekerja dan kanak-kanak perempuan tidak boleh belajar di sekolah.

Menurut Lila, beliau melihat sendiri terdapat wanita Afghanistan keluar bekerja di sekolah, di tadika dan sebagainya, malah bebas keluar di jalanan tanpa mengenakan burqa menutup badan sepenuhnya.

So bercakap tentang penindasan ini kan Kak Lila rasa mungkin it’s the culture (budaya) culture di sana wanita ini dia memang bukan prioriti.

“Ada satu hari itu kita on the way ke Baghlan, toilet wanita tak ada… Adakah itu diskriminasi? Toilet wanita tak ada sebab it is not a norm (bukan norma) untuk wanita keluar jadi interpretasi adalah diskriminasi and also the culture differences.

“Kalau tengok wanita dekat sana memang lelaki dia dominan, itu dalam Islam kan lelaki dia lebih dominan daripada wanita, jadi wanita ini memang culture mereka tak keluar rumah, tak expose, tak boleh cakap banyak…. I mean tak boleh publicly … jadi pada saya it’s more towards culture differences, culture custom dan sebagainya.

“Jadi kita kenalah menghormati culture di Afghanistan macam ini, culture di western lain jadi why don’t we respect each other’s culture? Supaya kita dapat melaksanakan tugas kita sebagai rakyat ataupun masyarakat di dalam negara tersebut so I am more into culture ini yang membataskan pergerakan (wanita),” kata Lila menerusi podcast terbaru Garis Krisis (GK) bersama Syed Azwan yang bersiaran di Youtube The Merdeka Times di sini malam ini.

Lila menjawab pertanyaan hos, Syed Azwan Syed Ali tentang adakah Taliban menindas golongan wanita di negara bekas perang itu.

Episod sulung podcast atau audio siar terbitan Studio Merdeka itu mengupas topik, “Adakah Taliban menindas wanita Afghanistan?” turut menampilkan Pengasas NGO ‘Childrity’, Farah Lee sebagai panelis.

Podcast GK membawa kelainan kerana hos dan barisan panelis ditampilkan adalah mereka yang pernah berada di garisan krisis yang diangkat dalam setiap episod, misalnya Afghanistan, untuk mereka bertukar-tukar pandangan dan perspektif isu diketengahkan.

Mengulas soalan sama,  Farah Lee berkata dalam situasi Afghanistan yang kekurangan peluang pekerjaan dan dari sudut pandang Islam memang meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga, maka peluang pekerjaan itu, keutamaannya akan diberikan kepada lelaki.

“Di Afghanistan dan (sudut pandang) Islam secara keseluruhannya, kita tak boleh nafikan lelaki adalah the main, sole provider (pencari nafkah tunggal/utama) kepada family… kalau perempuan nak bekerja itu ‘top up-top up’.

“Tapi dalam situasi Afghanistan yang peluang pekerjaan pun tak ada, lelaki nak bekerja pun tak ada sebab itulah nampak macam “ohh perempuan ini tak boleh bekerja lelaki ja boleh bekerja.

“Nampak je macam itu tapi sebenarnya situasi (semasa) menyebabkan keadaan itu berlaku,” kata Farah Lee, turut menafikan dakwaan kononnya wanita di sana tidak boleh bekerja sepenuhnya.

Ini kerana aktivis wanita itu melihat sendiri ramai  wanita Afghanistan bekerja termasuk sebagai guru, jururawat dan doktor.

Pada Oktober lalu, Farah Lee dan Lila masuk ke Afghanistan dan menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di Mazar-e-Sharif dan Baghlan, antara lain menyampaikan bantuan makanan dan projek “Kampung Malaysia” Childrity di Baghlan, terletak lebih 10 jam perjalanan darat dari Kabul. –– The Merdeka Times

 

Untuk menyokong kerja-kerja kemanusiaan Childrity (Pertubuhan Kebajikan FL) boleh menyumbang ke akaun berikut: CIMB 860-507-6611.

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *