Terkini
Skor indeks persepsi rasuah Malaysia terus merosot
Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) terus merosot kepada 47 mata dalam kalangan 180 negara.
- Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia tahun 2022 dikeluarkan Transparency International (TI) terus merosot kepada 47 mata dalam kalangan 180 negara.
- “Penurunan signifikan secara statistik ini menunjukkan bahawa kita menuju ke arah yang salah dalam memerangi rasuah, mendukung hak asasi manusia dan demokrasi di sektor awam,” – Presiden TI-Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan
- Sebab mengapa skor negara terus merosot antaranya disebabkan kurangnya kemahuan politik dalam memerangi rasuah institusi.
- CPI guna skala di mana 0 dianggap sangat korup dan 100 dianggap sangat bersih.
KUALA LUMPUR – Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) terus merosot kepada 47 mata dalam kalangan 180 negara.
Presiden TI-Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, pada tahun 2019 Malaysia berada di tangga ke 53, skor negara jatuh enam mata dalam tempoh tiga tahun lepas.
“Penurunan signifikan secara statistik ini menunjukkan bahawa kita menuju ke arah yang salah dalam memerangi rasuah, mendukung hak asasi manusia dan demokrasi di sektor awam,” katanya ketika membentangkan keputusan CPI 2022 di ibu negara pada Selasa.
CPI menggunakan skala di mana 0 dianggap sangat korup dan 100 dianggap sangat bersih.
Muhammad berkata, negara-negara Skandinavia terus mendominasi kedudukan indeks dengan Denmark, Finland, Norway dan Sweden antara 10 negara teratas atau terbersih bersama dengan New Zealand dan Singapura dari rantau Asia Pasifik.
“Di kedudukan terbawah indeks, prestasi terburuk adalah Venezuela, Syria, Sudan Selatan dan Somalia,” katanya.
Beliau dalam masa sama turut memberikan sebab mengapa skor negara terus merosot antaranya disebabkan kurangnya kemahuan politik dalam memerangi rasuah institusi.
“Contohnya semasa pandemik Covid-19, seperti anda ketahui terdapat banyak pengumuman pakej rangsangan tanpa perdebatan di Parlimen.
“Lantikan politik yang tidak layak untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.
“Keengganan untuk mengatasi kos berlebihan dengan tegas seperti kapal tempur pesisir (LCS),” jelasnya.
Beliau juga mengkritik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan tidak guna mengungkit perkara lalu berhubung isu LCS.
“Dengan menyatakan tidak guna mengungkit, saya rasa itu tidak betul. Skor ini juga tidak akan bertambah baik.
“Percayalah pada saya, tahun depan anda datang, kita akan bercakap perkara yang sama,” jelasnya.
Bagaimanapun katanya, terdapat juga perkembangan positif seperti pendakwaan dalam kes rasuah antarabangsa SRC International Sdn Bhd yang membuktikan kebebasan institusi kehakiman.
Perkara lain yang baik katanya adalah memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH).
“Antara dalam perkara ini adalah kelulusan kelayakan mengundi pada usia 18 dan pendaftaran pengundian automatik di samping anti lompat parti,” ujarnya.
Selain itu tambahnya, pengumuman positif lain apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan tadbir urus baik, memerangi rasuah dan kebebasan kehakiman dikenal pasti sebagai isu teras.
Sumber : Sinar Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina