Connect with us

Terkini

Siti Bainun kini berseorangan tanpa peguam bela

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, sebak apabila diberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, bahawa dua lagi peguam yang mewakilinya dalam kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella, menarik diri.

Wartawan TMT

Published

on

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, sebak apabila diberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, bahawa dua lagi peguam yang mewakilinya dalam kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella, menarik diri.
Foto: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali
  • Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sebak apabila diberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, bahawa dua lagi peguam yang mewakilinya dalam kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella, tarik diri.
  • Ketika memulakan prosiding,  Hakim, Izralizam Sanusi maklumkan menerima notis penarikan diri peguam Siti Bainun iaitu Asiah Abd Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan, malam tadi.
  • “Saya terima pemfailan dari kedua-dua firma Asiah dan Nurul Hafidzah nyatakan mereka tarik diri dari mewakili kamu, jadi secara rekodnya pada hari ini kamu tiada peguam. Kamu tahu tak mereka hendak tarik diri?” –  Hakim, Izralizam Sanusi 
  • Izralizam menetapkan 26 dan 27 Januari untuk sambung perbicaraan dan Siti Bainun diperintah kemukakan status lantikan peguam baharu pada hari berkenaan.
  • “Kami rekodkan ini kali kedua Nurul Hafidzah Hassan tarik diri jadi peguam bela tertuduh dan kami ingin rekodkan penarikan diri saat ini (akhir) adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.” – Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, sebak apabila diberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, bahawa dua lagi peguam yang mewakilinya dalam kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella, menarik diri.

Perkembangan itu bermakna Siti Bainun berseorangan tanpa lima peguam belanya dalam kes berkenaan.

Berada dalam kandang tertuduh pada prosiding bela diri hari ini, Siti Bainun, 31, dilihat mengesat air mata dan suaranya berubah sebak ketika menjawab pertanyaan Hakim Izralizam Sanusi.

Ketika memulakan prosiding, Izralizam memaklumkan menerima notis penarikan diri peguam mewakili Siti Bainun iaitu Asiah Abd Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan, malam tadi.

Izralizam: Saya terima pemfailan daripada kedua-dua firma Asiah dan Nurul Hafidzah menyatakan mereka menarik diri daripada mewakili kamu, jadi secara rekodnya pada hari ini kamu tiada peguam. Kamu tahu tak mereka hendak tarik diri?

Siti Bainun: Puan Asiah ada beritahu malam tadi. Hari Sabtu pun dia ada beritahu boleh nak tarik diri sebab jadual (bertindih), tapi dia tak ada cakap pun nak tarik diri.

Izralizam: Kamu bagi tak dia tarik diri?

Siti Bainun: Mestilah tak. Tak apalah, nanti saya cuba bincang balik.

Izralizam: Saya pun dapat notis itu malam tadi. Saya tengok jam 9 malam (notis tarik diri) difailkan.

Izralizam menetapkan 26 dan 27 Januari untuk menyambung perbicaraan dan Siti Bainun diperintah mengemukakan status lantikan peguam baharu pada hari berkenaan.

Beliau turut menasihati Siti Bainun melantik peguam yang boleh memberi komitmen dan bertanggungjawab dalam mengendalikan kesnya.

“Kamu kena fikir mana peguam yang berikan kebaikan kepada kamu, jangan lantik tiga empat firma, bila berlaku macam ini (peguam menarik diri) tidak beri manfaat kepada kamu.

“Apabila seorang tarik diri, team (pasukan) juga tarik diri. Dapat seorang pun memadai kalau dia dapat mengendalikan kes dengan baik,” katanya.

Sebelum sesi itu berakhir, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas, bangun memberitahu ini kali kedua Nurul Hafidzah menarik diri daripada kes berkenaan.

“Kami ingin merekodkan ini kali kedua Nurul Hafidzah Hassan menarik diri daripada menjadi peguam bela tertuduh dan kami ingin direkodkan penarikan diri saat ini (akhir) adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

“Ini juga tidak hormat mahkamah dan tidak memberi keadilan kepada semua pihak,” katanya.

Semalam, prosiding bela diri Siti Bainun ditangguhkan apabila tiga peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf, Nur Ellena Mohamed Razif dan Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor menarik diri.

Pada 24 November tahun lalu, Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella,13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Aka Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending