Connect with us

Terkini

Zaim, Ismanira tidak mengaku bersalah abai Zayn Rayyan

Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ibu kepada Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf & Bapa kepada Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari.
  • Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.
  • Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.
  • Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa secara bersama sebagai orang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
  • Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
  • “Saya faham pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah,” kata kedua-dua tertuduh yang kelihatan tenang ketika ditanya pengakuan mereka untuk direkodkan.
  • Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM10,000 berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

KUALA LUMPUR — Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, masing-masing berusia 29 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa secara bersama sebagai orang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan dilakukan di sekitar Jalan PJU, Damansara Damai di Petaling Jaya pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

“Saya faham pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah,” kata kedua-dua tertuduh yang kelihatan tenang ketika ditanya pengakuan mereka untuk direkodkan.

Sebelum pertuduhan dibacakan, ketka ditanya jurubahasa sama ada kedua-dua tertuduh sihat atau tidak, Zaim Ikhwan memberitahu dia sihat, manakala Ismanir pula mengatakan dia tidak sihat dan muntah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat, masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM10,000 berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Hakim mengarahkan supaya pihak terlibat dalam kes berkenaan tidak mengeluarkan kenyataan yang subjudis dan 26 Julai ditetapkan sebagai sebutan semula kes.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan datuk dan nenek Zayn Rayyan yang mati dibunuh pada 6 Disember lalu, kemungkinan akan dibebaskan pagi ini dengan jaminan polis.

Katanya, beliau dimaklumkan kedua-dua individu terbabit ditahan semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya akibat mempertahankan diri. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending