Connect with us

Terkini

(VIDEO) Ibu Zayn Rayyan hanya beri keterangan, tiada pengakuan – Peguam

Ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak membuat sebarang pengakuan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Foto kecil Zayn Rayyan Abdul Matiin, (kiri atas) & Peguam ibu Zayn (tengah).
  • Ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak membuat sebarang pengakuan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
  • Peguam ibu Zayn turut membuat bantahan terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan wanita berusia 29 tahun itu.
  • Dua peguam tersebut, Mahmud Abdul Jumaat dan Fahmi Abdul Moin, berkata bantahan tersebut dilakukan atas alasan polis cuba menggunakan akta tidak relevan di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Akta Keterangan untuk prosiding tersebut.
  • “Maka, saya mohon orang ramai untuk bekerjasama dan menghormati proses siasatan. Esok kita boleh mendengar dan melihat apa keputusan siasatan serta pertuduhan dibuat pendakwaan,” – Peguam

PETALING JAYA – Ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak membuat sebarang pengakuan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

Beliau mendakwa, majistret turut merekodkan bantahan peguam terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan wanita berusia 29 tahun itu.

Dua peguam tersebut, Mahmud Abdul Jumaat dan Fahmi Abdul Moin, berkata bantahan tersebut dilakukan atas alasan polis cuba menggunakan akta tidak relevan di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Akta Keterangan untuk prosiding tersebut.

Selain itu, mereka berdua menegaskan, tiada sebarang notis diberikan dari pihak pegawai penyiasat kepada mereka selaku peguam terhadap prosiding yang dilakukan secara tertutup itu.

“Jadi bantahan pertama yang direkodkan (di hadapan majistret), mahkamah sedia maklum bahawa kami (peguam) tidak dimaklumkan. Dan juga atas sebab tidak ada apa apa peruntukan khusus.

“Kami tegaskan ia adalah prejudis sama ada terhadap Isma (ibu) atau Zaim (bapa).

“Ketiganya, yang menjadi asas bantahan kami juga, bahawa permohonan ini boleh menjejaskan apa-apa defense (hujah pembelaan) sekiranya dituduh, itu pun kalau dituduh,” kata Fahmi.

Mahmud turut memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak sahih membabitkan anak guam serta kematian kanak-kanak itu.

“Terdapat percanggahan yang ketara dan jelas apa yang diberikan anak guam menerusi keterangannya dengan apa yang diuar-uarkan di luar sana (spekulasi orang ramai).

“Maka, saya mohon orang ramai untuk bekerjasama dan menghormati proses siasatan. Esok kita boleh mendengar dan melihat apa keputusan siasatan serta pertuduhan dibuat pendakwaan,” katanya.

Ditanya mengenai anak guam melakonkan semula kejadian kehilangan kanak-kanak itu, Mahmud berkata, ia adalah prosedur biasa untuk melengkapkan siasatan apabila membawa suspek ke tempat kejadian.

“Namun, ia tidak memberi sebarang indikasi bahawa siapa yang bersalah dalam kes ini,” katanya.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *