Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin BJP, penduduk Hindu bantah kediaman diubah jadi masjid di Karnataka

Kediaman yang diubah menjadi masjid kemudian diserahkan kepada Lembaga Wakaf dibantah pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), ahli Sri Ram Sena dan penduduk Hindu tempatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Masjid Fathima, Karnataka, India.
  • Kediaman yang diubah menjadi masjid kemudian diserahkan kepada Lembaga Wakaf dibantah pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), ahli Sri Ram Sena dan penduduk Hindu tempatan.
  • Menurut laporan, rumah yang dijadikan masjid dengan nama Masjid Fathima itu terletak di Belagavi, Karnataka, India.
  • Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (MLA) BJP, Sanjay Pati  menuntut pihak berkuasa daerah mengalihkan masjid yang muncul di kawasan perumahan itu yang didakwa berlaku secara haram.
  • Pemimpin Islam pula menegaskan kediaman/masjid itu adalah hak milik Lembaga Wakaf.

 

BELAGAVI — Kediaman yang diubah menjadi masjid kemudian diserahkan kepada Lembaga Wakaf dibantah pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), ahli Sri Ram Sena dan penduduk Hindu tempatan.

Menurut laporan, rumah yang dijadikan masjid dengan nama Masjid Fathima itu terletak Belagavi, Karnataka, India.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (MLA) BJP, Sanjay Patil menganjurkan pertemuan dengan penganut Hindu tempatan dan memulakan gerakan untuk memindahkan masjid itu dari kawasan kediaman berkenaan.

Patil menuntut pihak berkuasa daerah mengalihkan masjid yang muncul di kawasan perumahan itu yang didakwa berlaku secara haram, lapor IANS.

Pemimpin pergerakan itu mendakwa pihak berkuasa menutup mata terhadap perkembangan itu walaupun mereka menyedari perkara haram itu. 

Mereka juga mendakwa, pihak berkuasa ditekan MLA Kongres kawasan luar Bandar Belagavi, Lakshmi Hebbalkar.

Pengasas Sri Ram Sena Pramod Muthalik yang memberikan tempoh seminggu untuk masjid itu dipindahkan berkata, beliau tidak mempunyai bantahan untuk membina masjid mengikut undang-undang.

“Tetapi, saya tidak bersetuju dengan penukaran rumah kediaman kepada masjid,” katanya.

Difahamkan, pemilik asal kediaman itu menghadiahkan hartanah itu kepada Persatuan Pendidikan dan Amal Moulana Abdul Kalam yang kemudian dijadikan masjid.

Bagaimanapun, perbadanan itu mengeluarkan notis berhubung pelanggaran lesen bangunan dan menjalankan aktiviti keagamaan di atas harta yang dimaksudkan untuk penduduk. 

Dalam pada itu, pemimpin Islam menegaskan bahawa kediaman/masjid itu adalah hak milik Lembaga Wakaf.

 

Sumber : Clarion India

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *