Antarabangsa
Pelampau Yahudi ‘kencing’ di tapak suci Masjidil Aqsa
Pelampau Yahudi bertindak mencemarkan pekarangan Masjidil Aqsa dengan kencing di tapak suci itu baru-baru ini.
- Dua orang peneroka Yahudi sedang meminum arak, manakala seorang pelampau membuang air kecil di satu sudut sekitar tapak suci berkenaan.
- Tindakan pencabulan Masjidil Aqsa berlaku susulan kesinambungan provokasi rejim haram aparteid Israel terhadap tapak ketiga paling suci bagi umat Islam.
- Gerakan pejuang HAMAS juga menyeru rakyat Palestin untuk bergerak ke masjid, melindungi tapak suci daripada pencerobohan berulang oleh penjajah Israel.
BAITULMUQADDIS – Pelampau Yahudi bertindak mencemarkan pekarangan Masjidil Aqsa dengan kencing di tapak suci itu baru-baru ini.
Menerusi sebuah rakaman yang dikongsi oleh media Timur Tengah, kelihatan dua orang peneroka Yahudi sedang meminum arak, manakala seorang pelampau membuang air kecil di satu sudut sekitar tapak suci berkenaan.
Tindakan pencabulan Masjidil Aqsa itu berlaku susulan kesinambungan provokasi rejim haram aparteid Israel terhadap tapak ketiga paling suci bagi umat Islam.
Khamis lalu, puluhan pelampau Yahudi menyerbu perkarangan masjid di bawah perlindungan tentera rejim. Mereka menaikkan bendera rejim haram bahkan memperlihatkan tarian provokatif di dalam kawasan sekitar masjid.
Sehubungan itu, gerakan pejuang HAMAS menyeru rakyat Palestin dari semua lapisan masyarakat untuk bergerak ke masjid, meningkatkan kehadiran sekali gus melindungi tapak suci daripada pencerobohan berulang oleh penjajah Israel.
Gerakan pejuang itu turut menggesa umat Arab dan Islam bersama-sama menyokong keteguhan rakyat Palestin dan berusaha untuk melindungi mereka daripada pencabulan pendudukan Israel.
Sumber: Samudera