Antarabangsa
Pakistan: Angka korban meningkat, 87 maut dalam letupan masjid di Peshawar
Angka kematian dalam insiden pengeboman nekad di masjid yang menyasarkan anggota polis di bandar Peshawar, Pakistan, meningkat kepada sekurang-kurangnya 87 mangsa.
- Angka kematian dalam insiden pengeboman nekad di masjid yang menyasarkan anggota polis di bandar Peshawar, Pakistan, meningkat kepada sekurang-kurangnya 87 mangsa.
- Rumah ibadat umat Islam itu berada dalam kawasan ibu pejabat polis bertaraf keselamatan tinggi dan siasatan mengenai cara pengebom itu masuk sedang dijalankan.
- “Pengganas mahu menimbulkan ketakutan dengan menyasarkan mereka yang menjalankan tugas mempertahankan Pakistan,” kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
PAKISTAN – Angka kematian dalam insiden pengeboman nekad di masjid yang menyasarkan anggota polis di bandar Peshawar, Pakistan, meningkat kepada sekurang-kurangnya 87 mangsa.
Rumah ibadat umat Islam itu berada dalam kawasan ibu pejabat polis bertaraf keselamatan tinggi dan siasatan mengenai cara pengebom itu masuk sedang dijalankan.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan pemimpin lain mengutuk serangan pada Isnin – salah satu yang terburuk di negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Pengganas mahu menimbulkan ketakutan dengan menyasarkan mereka yang menjalankan tugas mempertahankan Pakistan,” katanya dipetik BBC, turut mengisytiharkan hari berkabung kebangsaan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres juga mengutuk serangan itu dengan jurucakapnya berkata: “Amat menjijikkan bahawa serangan sedemikian berlaku di tempat ibadat”.
Sumber: BBC