Connect with us

Antarabangsa

Imran Khan dilepaskan daripada tuduhan membunuh

Mahkamah Pakistan pada Isnin menolak tuduhan membunuh yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Imran Khan.

Wartawan TMT

Published

on

Imran Khan dilepaskan daripada tuduhan membunuh
Foto: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.
  • Mahkamah Pakistan pada Isnin menolak tuduhan membunuh yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Imran Khan.
  • Peguam, Naeem Panjutha yang mewakili Khan, berkata tuduhan membunuh seorang peguam di bandar selatan Quetta yang dikenakan terhadap Khan ditolak oleh mahkamah.
  • Imran khan didakwa atas tuduhan membunuh pada Jun lalu dan legenda kriket Pakistan itu turut berdepan lebih 100 kes sejak disingkirkan pada April 2022, selepas berselisih dengan tentera berkuasa negara berkenaan.

KARACHI: Mahkamah Pakistan pada Isnin menolak tuduhan membunuh yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Imran Khan.

Peguam, Naeem Panjutha yang mewakili Khan, berkata tuduhan membunuh seorang peguam di bandar selatan Quetta yang dikenakan terhadap Khan ditolak oleh mahkamah.

Perkara itu diumumkan di platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Imran khan didakwa atas tuduhan membunuh pada Jun lalu dan legenda kriket Pakistan itu turut berdepan lebih 100 kes sejak disingkirkan pada April 2022, selepas berselisih dengan tentera berkuasa negara berkenaan.

Mahkamah Tinggi Islamabad, turut dijadualkan untuk memberikan keputusan terhadap rayuan yang difailkan oleh Khan bagi menggantung sabitannya dalam kes rasuah.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending