Terkini
Netizen harap PM bertindak tegas banteras LGBT, sekular dan komunis
Rata-rata netizen menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak tegas membanteras golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), ideologi sekular dan komunis.
KUALA LUMPUR – Rata-rata netizen menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak tegas membanteras golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), ideologi sekular dan komunis.
Ini berikutan, kenyataan beliau sebelum ini seperti dilaporkan media tempatan yang mengatakan bahawa ketiga-tiga golongan di atas tidak mungkin diiktiraf di bawah pentadbiran beliau disifatkan netizen sebagai retorik semata-mata.
View this post on Instagram
Hasil tinjauan The Merdeka Times di Facebook dan Instagram mendapati kebanyakan netizen mempertikaikan penggunaan perkataan ‘tidak mungkin’ dalam kenyataan itu kerana ia didakwa tiada penegasan dan meragukan.
Malah, terdapat seorang pengguna Facebook mendakwa semua kenyataan itu hanya ‘sembang’ berikutan sebelum ini katanya terdapat begitu banyak kenyataan-kenyataan dikeluarkan pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang ke arah menuntut pengiktirafan untuk semua ideologi di atas.
DAP merupakan salah satu parti komponen di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sembang… berlambak statement dari pimpinan DAP ke arah itu…berani ke langgar abang besar,” tulis pengguna Facebook, Muhamad Hamdi Ahmad di ruangan komen.
Pengguna Facebook, Cikgu Syafik pula menulis komen; “Hari itu dia cakap “tak mungkin PH nak bergabung dengan BN!” Last sekali, Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri. Haha. Yang ini pun tak mungkin juga.
“Tapi takkan kita tak kenal beliau. DAP belakang beliau. LGBT pun penyokong beliau. Yang tak mungkin tu la benda betul.”
Susulan itu, rata-rata netizen mengharapkan beliau memperkotakan apa yang dinyatakan dan berpegang kepada pendirian itu berikutan rakyat ketika ini sedang menilai setiap tindak-tanduk beliau.
Antara tangkapan layar reaksi netizen di ruangan komen di Facebook:
Antara tangkapan layar reaksi netizen di ruangan komen di Instagram:
Pada masa sama, netizen turut menegur individu lain agar tidak terus mempertikai dan memutar belitkan perkataan ‘tidak mungkin’ yang diguna pakai sebaliknya tunggu serta lihat pelaksanaannya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia memberi jaminan golongan LGBT, konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf dalam pentadbirannya.
Bercakap dalam program Naratif Khas bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 Januari lalu, Anwar berkata, perkara itu hanya dibangkitkan pihak tertentu yang cuba menyebarkan perkara tidak benar.
Tunggu, lihat dan nilai itu antara pegangan sebahagian daripada kita namun jangan juga kita lupa ada pepatah mengatakan sediakan payung sebelum hujan, kerana ada beberapa perkara sukar diperbetulkan apabila sudah terjadi.
Tapi, diharapkan Perdana Menteri kita hari ini tidaklah seperti didakwa netizen iaitu ‘raja sembang kari’. – The Merdeka Times
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia