Antarabangsa
Kanada lantik wakil khas anti-Islamofobia
Kanada melantik wakil khas pertamanya untuk memerangi Islamophobia susulan beberapa serangan terhadap umat Islam di negara itu.
- Kanada melantik wakil khas pertamanya untuk memerangi Islamophobia susulan beberapa serangan terhadap umat Islam di negara itu.
- “Beliau berperanan menyokong dan tingkatkan usaha kerajaan persekutuan dalam memerangi Islamofobia, kebencian sistemik, diskriminasi kaum dan sikap tidak bertolak ansur antara agama,” kata Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
- Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku peningkatan beberapa siri serangan maut menyasarkan masyarakat Islam di Kanada.
MONTREAL: Kanada melantik wakil khas pertamanya untuk memerangi Islamophobia susulan beberapa serangan terhadap umat Islam di negara itu.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, berkata wartawan dan aktivis, Amira Elghawaby, dipilih untuk berkhidmat sebagai penasihat, pakar dan wakil kerajaan.
“Beliau berperanan menyokong dan meningkatkan usaha kerajaan persekutuan dalam memerangi Islamofobia, kebencian sistemik, diskriminasi kaum dan sikap tidak bertolak ansur antara agama,” katanya.
Dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia yang aktif, Elghawaby bertugas sebagai ketua komunikasi untuk Yayasan Perhubungan Perkauman Kanada dan kolumnis untuk akhbar Toronto Star, dan pernah berkerja selama lebih sedekad di penyiar awam CBC.
Trudeau menyifatkan perlantikan Elghawaby sebagai langkah penting dalam memerangi Islamofobia dan kebencian dari segala aspek.
“Kepelbagaian adalah satu kekuatan terbesar Kanada, tetapi bagi kebanyakan orang Islam, Islamofobia sudah menjadi satu kebiasaan,” katanya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku peningkatan beberapa siri serangan maut menyasarkan masyarakat Islam Kanada.
Pada Jun 2021, empat sekeluarga terbunuh apabila seorang lelaki melanggar mereka dengan traknya di London, Ontario.
Empat tahun sebelum itu, enam orang Islam maut dan lima cedera dalam serangan ke atas masjid di Bandaraya Quebec.
Dalam catatannya di Twitter, Elghawaby menyenaraikan nama mereka yang terbunuh dalam serangan baru-baru ini.
Jawatan baharu itu disyorkan oleh sidang kemuncak kebangsaan mengenai Islamofobia yang dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan pada Jun 2021 sebagai tindak balas terhadap serangan itu. – AFP
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina