Connect with us

Antarabangsa

Jacinda Ardern letak jawatan PM New Zealand bulan depan

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern akan meletakkan jawatannya bulan depan dalam satu pengumuman mengejut yang dibuat ketika beliau mengesahkan pilihan raya umum pada Oktober tahun ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern akan meletakkan jawatannya bulan depan dalam satu pengumuman mengejut yang dibuat ketika beliau mengesahkan pilihan raya umum pada Oktober tahun ini.
Foto: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern
  • Jacinda Ardern akan meletakkan jawatan Perdana Menteri New Zealand bulan depan dalam satu pengumuman mengejut yang dibuat ketika beliau mengesahkan pilihan raya umum pada Oktober tahun ini.
  • Ardern berkata sudah tiba masanya untuk melepaskan jawatan itu dan dia “tidak lagi mempunyai kemahuan” untuk menggalas tanggungjawab tersebut.
  • “Saya manusia, ahli politik adalah manusia. Kami memberi semua selagi kami mampu dan bagi saya, sudah tiba masanya,” katanya. 
  • Penggal Ardern sebagai Perdana Menteri berakhir selewat-lewatnya pada 7 Februari, bagaimanapun beliau akan menjadi Ahli Parlimen sehingga pilihan raya akhir tahun ini.

NEW ZEALAND – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern akan meletakkan jawatannya bulan depan dalam satu pengumuman mengejut yang dibuat ketika beliau mengesahkan pilihan raya umum pada Oktober tahun ini.

Menurutnya, sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri dan dia “tidak lagi mempunyai kemahuan” untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Saya akan pergi, kerana dengan peranan istimewa itu datang tanggungjawab. Tanggungjawab itu bila anda adalah orang yang tepat untuk memimpin dan juga apabila anda tidak. 

“Saya tahu apa yang diperlukan bagi pekerjaan ini. Dan saya tahu bahawa saya tidak lagi mempunyai cukup kemampuan untuk menegakkan keadilan. Semudah itu,” katanya dipetik The Guardian hari ini.

Penggal Ardern sebagai Perdana Menteri akan berakhir selewat-lewatnya pada 7 Februari, bagaimanapun beliau akan menjadi Ahli Parlimen sehingga pilihan raya akhir tahun ini.

“Saya manusia, ahli politik adalah manusia. Kami memberi semua selagi kami mampu dan bagi saya, sudah tiba masanya,” katanya. 

Ardern menjadi ketua kerajaan wanita termuda di dunia apabila dipilih sebagai perdana menteri pada 2017 pada usia 37 tahun. 

Beliau memimpin New Zealand ketika pandemik Covid-19 dan bencana besar termasuk serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch serta letusan gunung berapi Pulau Putih.

Sumber: The Guardian

Author