Connect with us

Terkini

Isu trailer filem Pulau: Pendirian Fahmi boleh menjurus ekstremisme

Pendirian Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bahawa trailer filem seram Pulau tidak sesuai untuk ditonton boleh menjurus..

Wartawan TMT

Published

on

Isu trailer filem Pulau: Pendirian Fahmi boleh menjurus ekstremisme
Foto: Fahmi Fadzil (kiri)
  • Pendirian Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bahawa trailer filem seram Pulau tidak sesuai untuk ditonton boleh menjurus kepada ekstremisme. – Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
  • WAO berkata membimbangkan apabila menteri berkata adegan bercumbuan dan pakaian pantai dianggap tidak sesuai untuk tontonan.
  • “Menanggapi pandangan sebegini mengenai badan wanita, seksualiti dan penapisan adalah kemerosotan menuju ekstremisme.” 
  • “Reaksi sedemikian terhadap filem tempatan menunjukkan pelakon berbikini adalah ironis kerana filem atau rancangan antarabangsa lebih eksplisit tersedia dan popular di kalangan rakyat Malaysia.”
  • Filem itu mendapat perhatian selepas bekas timbalan menteri hal ehwal agama Ahmad Marzuk Shaary berkata filem ngeri seram itu “mengandungi adegan lucah dan keterlaluan”.

Pendirian Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bahawa trailer filem seram Pulau tidak sesuai untuk ditonton boleh menjurus kepada ekstremisme, kata NGO.

Sebuah inisiatif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Saksi berkata membimbangkan apabila menteri berkata adegan bercumbuan dan pakaian pantai dianggap tidak sesuai untuk tontonan.

“Menanggapi pandangan sebegini mengenai badan wanita, seksualiti dan penapisan adalah kemerosotan menuju ekstremisme,” kata Saksi.

Tambahnya, reaksi sedemikian terhadap filem tempatan yang menunjukkan pelakon berbikini adalah ironis kerana filem atau rancangan antarabangsa yang lebih eksplisit tersedia dan popular di kalangan rakyat Malaysia.

“Budaya adalah cair dan secara aktif mengawal apa yang dipilih oleh (tenaga) kreatif lain menjadikan negara kita mundur.

“Ada sebab ramai pembikin filem/artis Malaysia yang berjaya mencapai kejayaan di luar negara dan bukannya di tanah air mereka sendiri,” katanya.

Penerbit setuju hasilkan trailer baru.

Advertisement

Malam Rabu, Fahmi berkata trailer filem seram itu tidak sesuai untuk ditonton dan dia telah menghubungi rangkaian pawagam GSC mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, penerbit berkata mereka telah mendapat mendapat kelulusan LPF dengan klasifikasi PG13 setelah memotong beberapa bahagian daripada filem itu.

Dalam pada itu, Fahmi yang pernah terlibat dunia teater juga berkata penerbit bersetuju untuk menghasilkan suntingan berbeza untuk trailer itu.

“Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya, lapor Bernama.

Trailer Pulau memaparkan antara lain, seorang wanita berpakaian bikini berenang di lautan, pasangan berpelukan dan hampir bercium serta pelbagai adegan seram.

Sementara itu, Lembaga Penapisan Filem berkata ia telah menyemak filem itu apabila ia diserahkan untuk kelulusan LPF dan meluluskannya untuk tayangan.

Advertisement

LPF berkata Pulau adalah filem seram, dan bukan lucah, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak berdasarkan trailer itu.

Filem ini memaparkan sekumpulan muda-mudi yang pergi bercuti dan kemudian mengalami kejadian misteri apabila melawat pulau terlarang, walaupun penduduk tempatan telah memberikan amaran.

Filem itu mendapat perhatian selepas bekas timbalan menteri hal ehwal agama Ahmad Marzuk Shaary berkata filem ngeri seram itu “mengandungi adegan lucah dan keterlaluan”.

Susulan itu, penerbit filem WebTVAsia menggesa orang ramai supaya tidak menilai Pulau berdasarkan trailer sahaja, sebelum menonton filem yang dijadualkan ditayangkan pada 9 Mac ini.

Sumber: Malaysiakini

 

Advertisement

 

Terkini

Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid
  • Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
  • Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
  • “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.” 
  • “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.

“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.

“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.

“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.

Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.

Advertisement

Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

 

Sumber: Sinar Harian

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending