Connect with us

Terkini

Jika serban menutup wajah pejuang dianggap ganas, lambang ‘roket’ juga sama – Dr Maza

“Jika kain serban yang menutup wajah pejuang yang menentang pencerobohan dan kezaliman itu kau anggap ganas, lambang ‘roket’ pun boleh dianggap ganas,” demikian kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Hidayah Sani

Published

on

Jika serban menutup wajah pejuang dianggap ganas, lambang ‘roket’ juga sama – Dr Maza
Foto: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri).
  • “Jika kain serban yang menutup wajah pejuang yang menentang pencerobohan dan kezaliman itu kau anggap ganas, lambang ‘roket’ pun boleh dianggap ganas,” demikian kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
  • Tanpa menyebut hantaran itu ditujukan kepada siapa, Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza mempersoalkan kepada siapakah ‘roket’ yang digunakan sebagai lambang parti politik itu ingin dilancarkan dan kelompok manakah individu terbabit mahu hancurkan dan letupkan.
  • Menerusi hantaran berbeza, Dr Maza turut mengulas berhubung ciapan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dilihat seolah-olah menyifatkan pemakaian anak murid mengenakan serban menutup wajah dan memegang senjata mainan bersempena Minggu Solidariti Palestin peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti membawa fahaman ekstremisme dan keganasan.
  • “Bacalah ayat 118-120 Surah Ali ‘Imran maka kita akan faham keadaan ini. Peringatan ALLAH untuk kita. Jangan percaya kepada mulut manis yang berdusta, tapi percayalah kepada Kitab ALLAH, itulah panduan kita dalam kehidupan,” katanya menerusi hantaran di Facebook berserta tangkap layar ciapan Kor Ming di platform X.

KUALA LUMPUR“Jika kain serban yang menutup wajah pejuang yang menentang pencerobohan dan kezaliman itu kau anggap ganas, lambang ‘roket’ pun boleh dianggap ganas,” demikian kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tanpa menyebut hantaran itu ditujukan kepada siapa, Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza turut mempersoalkan kepada siapakah ‘roket’ yang digunakan sebagai lambang parti politik itu ingin dilancarkan dan kelompok manakah individu terbabit mahu hancurkan dan letupkan.

“Kepada siapa kau ingin lancar roketmu itu? Siapa yang kau mahu hancur dan letupkan? Aku pun ingin bertanya seperti kau bertanya,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Menerusi hantaran berbeza, Dr Maza turut mengulas berhubung ciapan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dilihat seolah-olah menyifatkan pemakaian anak murid mengenakan serban menutup wajah dan memegang senjata mainan seperti membawa fahaman ekstremisme dan keganasan.

Dr Maza berkata dengan membaca surah Ali Imran ayat 118 sehingga 120, maka masyarakat akan memahami situasi yang dikaitkan dengan ciapan itu.

Katanya, petikan ayat itu merupakan peringatan Allah SWT buat kelompok Muslim.

“Bacalah ayat 118-120 Surah Ali ‘Imran maka kita akan faham keadaan ini. Peringatan ALLAH untuk kita. Jangan percaya kepada mulut manis yang berdusta, tapi percayalah kepada Kitab ALLAH, itulah panduan kita dalam kehidupan,” katanya menerusi hantaran di Facebook berserta tangkap layar ciapan Kor Ming di platform X.

Advertisement

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming di platform X.

Media pada Sabtu lalu melaporkan DAP terkilan dengan penganjuran program di sekolah rendah yang didakwa mengandungi unsur-unsur keganasan dan ekstremisme dengan penggunaan replika senjata seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Sehubungan itu, setiausaha agungnya Anthony Loke menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan tatatertib terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi mengelak ia berulang.

Sekumpulan tiga Ahli Parlimen dan sembilan Adun PKR turut menggesa kementerian itu mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam.

Terdahulu, KPM melarang sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang Minggu Solidariti Palestin termasuk pihaknya tidak akan berkompromi dengan aktiviti berbentuk ekstremisme dan keganasan. 

KPM turut mengesahkan video tular di media sosial mengenai program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti panduan ditetapkan kementerian. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dr MAZA

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending