Terkini
Laungan takbir, bendera Palestin diharamkan ketika program Solidariti Palestin di sekolah?
“Ini apa benda, sampai bawa bendera Paless (Palestin) pun tak benarkan masa Minggu Solidariti Paless ni? Kenapa kacau nak desak sangat ni? Dan kenapa KPM tunduk dan akur sungguh dengan desakan mereka?,” demikian kata guru pempengaruh, Mohd Fadli Salleh.

- “Ini apa benda, sampai bawa bendera Paless (Palestin) pun tak benarkan masa Minggu Solidariti Paless ni? Kenapa kacau nak desak sangat ni? Dan kenapa KPM tunduk dan akur sungguh dengan desakan mereka?,” demikian kata guru pempengaruh, Mohd Fadli Salleh.
- Mohd Fadli berkata kerana akur dengan desakan minoriti khususnya kaum Cina, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kelmarin mengeluarkan garis panduan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dikongsi sendiri menterinya, Fadhlina Sidek di media sosial.
- Katanya, susulan dari poster garis panduan itu beberapa sekolah mengharamkan murid membawa bendera mafla, gambar kekejaman Israel, lakonan kekejaman rejim zionis dan seumpamanya.
- Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Muhamad Nasron Nasir menuntut penjelasan berhubung dakwaan terdapatnya limitasi dikenakan bagi pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di sekolah anaknya.
- Larangan itu adalah seperti berikut, tidak dibenarkan membuat laungan takbir, tidak dibenarkan doa seperti Qunut Nazilah dan tidak dibenarkan membawa bendera yang kurang jelas sama ada bendera Palestin atau Israel.
- Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung turut berkongsi luahan guru yang mendakwa tidak dibenarkan memakai mafla dan bendera Palestin di sekolah, malah pelajar yang mengenakan serban dan kopiah diminta untuk ditanggalkan.
KUALA LUMPUR —- “Ini apa benda, sampai bawa bendera Paless (Palestin) pun tak benarkan masa Minggu Solidariti Paless ni? Kenapa kacau nak desak sangat ni? Dan kenapa KPM tunduk dan akur sungguh dengan desakan mereka?,” demikian kata guru pempengaruh, Mohd Fadli Salleh.
Mohd Fadli berkata kerana akur dengan desakan minoriti khususnya kaum Cina, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kelmarin mengeluarkan garis panduan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dikongsi sendiri menterinya, Fadhlina Sidek di media sosial.
Beliau menyifatkan garis panduan itu berat sebelah seolah-olah meminta semua individu menjadi neutral di mana garis panduan nombor dua, enam dan tujuh secara simboliknya seakan berpihak kepada rejim zionis Israel.
Katanya, susulan dari poster garis panduan itu beberapa sekolah mengharamkan murid membawa bendera mafla, gambar kekejaman Israel, lakonan kekejaman rejim zionis dan seumpamanya.
“Nak jaga hati siapa sebenarnya kita ni? Kenapa Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti umat Islam dan agama rasminya agama Islam kena tunduk dan akur dengan desakan segelintir pemimpin Non Muslim ini?
“Alasan mereka, senjata api itu simbolik keganasan, tak elok dedah pada murid bla…bla…bla… Okey, aku terima alasan itu, aku secara peribadi lebih syorkan majlis berbentuk doa, solat hajat, tayangan video sejarah Paless (Palestin), perjuangan mereka untuk kebebasan dan seumpamanya.
“Cuma bila mana SJKC buat minggu Cosplay, guna senjata tajam, pistol mainan, bawa watak kartun yang suka membunuh, bergaduh, pancung orang diam pula tak kata apa-apa. Part orang Islam, laju je campur tangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Mohd Fadli berkata sekiranya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Mubaligh enggan mengadakan program Minggu Solidariti Palestin, maka dipersilakan kerana tiada kelompok Muslim memaksa mereka melaksanakannya.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak terbabit tidak seharusnya mencampuri urusan Sekolah Kebangsaan yang ingin melaksanakan program itu mengikut cara mereka.
“Bak kata UAI, “HANYA ORANG MUNAFIK YANG MENJAGA HATI ORANG KAFIR”. Hadam betul-betul para pemimpin Islam yang tunduk pada desakan segelintir pemimpin Non Muslim,” ” kata guru Matematik itu.
Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Muhamad Nasron Nasir menuntut penjelasan berhubung dakwaan terdapatnya limitasi dikenakan bagi pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di sekolah anaknya.
Nasron berkata beliau kurang pasti sama ada limitasi atau larangan itu terdapat dalam pekeliling rasmi atau bertulis.
Larangan itu adalah seperti berikut, tidak dibenarkan membuat laungan takbir, tidak dibenarkan doa seperti Qunut Nazilah dan tidak dibenarkan membawa bendera yang kurang jelas sama ada bendera Palestin atau Israel.
“Pertikaian saya, dengan mengambil kira Islam sebagai agama Persekutuan di negara Malaysia, kenapa sehingga begini sekali larangan dikeluarkan? Adakah ini rentetan isu kepada gesaan sesetengah pihak yang sibuk menekan KPM untuk membatalkan program ni?
“Adakah langkah ini diambil untuk “menjaga hati” segelintir pihak? Mengambil kira peranan saya sebagai YDP sekolah, ingin saya dapatkan penjelasan secara terbuka, as to my perspective, ini bukan lagi isu yang boleh dibincangkan secara dalaman apabila adanya larangan bertakbir dan larangan-larangan tambahan yang lain.
“Jika benar wujudnya larangan-larangan ni semua, dari punca kuasa mana datangnya larangan ni? Saya benar-benar berharap info mengenai larangan ni semua adalah sekadar miscommunication saya sahaja, tapi saya tak rasa begitu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
Hantaran Nasron itu dikongsikan Mohd Fadli dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di platform media sosial mereka yang mengatakan dakwaan sedemikian bukan ‘hearsay’ atau khabar angin semata-mata sebaliknya ia dilalui YDP PIBG sendiri.
Firdaus Wong juga turut berkongsi luahan seorang guru yang mendakwa tidak dibenarkan memakai mafla dan bendera Palestin di sekolah, malah pelajar yang mengenakan serban dan kopiah juga diminta untuk ditanggalkan.

Foto : Tangkap layar luahan guru kepada Firdaus Wong.
The Merdeka Times semalam melaporkan garis panduan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan dikeluarkan KPM dikritik netizen kerana dilihat seolah-olah ingin menjaga hati pihak tertentu.
Sebelum ini, apabila beberapa foto murid sekolah menggayakan serban menutup wajah dan ikat kain di kepala yang tertera sokongan untuk Palestin berserta senjata replika dianggap pihak tertentu, termasuk ahli politik DAP dan MCA sebagai memaparkan unsur ekstremisme dan keganasan.
Terdahulu, KPM melarang sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang Minggu Solidariti Palestin termasuk pihaknya tidak akan berkompromi dengan aktiviti berbentuk ekstremisme dan keganasan. — The Merdeka Times
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas