Connect with us

Terkini

“Ini Kementerian Pendidikan Israel ke?”, Netizen kritik garis panduan Minggu Solidariti Palestin 

Garis panduan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dikritik netizen kerana dilihat seolah-olah ingin menjaga hati pihak tertentu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

"Ini Kementerian Pendidikan Israel ke?", Netizen kritik garis panduan Minggu Solidariti Palestin 
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Garis panduan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dikritik netizen kerana dilihat seolah-olah ingin menjaga hati pihak tertentu.
  • Kebanyakan netizen tidak berpuas hati dan menuntut penjelasan lanjut berhubung beberapa garis panduan itu antaranya yang melarang institusi pendidikan dari menonjolkan perspektif satu pihak semasa menganjurkan program itu.
  • Garis panduan dalam bentuk poster itu dimuat naik Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi platform media sosial beliau pada Isnin.
  • “Ni Kementerian Pendidikan Israel ke? #IsraelMADANI,” ciap pengguna X.
  • “Cuba cikgu terangkan dont no.7 “ikon dan bendera apa yang menyinggung pihak lain?”pihak yang mana untuk tidak disinggung? baru cikgu-cikgu di sekolah jelas (emoji senyum),” komen pengguna X.

KUALA LUMPUR — Garis panduan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dikritik netizen kerana dilihat seolah-olah ingin menjaga hati pihak tertentu.

Kebanyakan netizen tidak berpuas hati dan menuntut penjelasan lanjut berhubung beberapa garis panduan itu antaranya yang melarang institusi pendidikan dari menonjolkan perspektif satu pihak semasa menganjurkan program itu.

Garis panduan dalam bentuk poster itu menjelaskan walaupun tujuan Minggu Solidariti Palestin diadakan untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin, namun institusi pendidikan diminta cuba memberikan gambaran yang berimbang tentang situasi terbabit.

Poster garis panduan itu dimuat naik Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi platform media sosial beliau pada Isnin.

Foto : Poster dimuat naik Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di platform X.

“Ni Kementerian Pendidikan Israel ke? #IsraelMADANI,” ciap pengguna X.

“No 6. Jangan hanya tunjuk perspektif satu pihak ni apa maksudnya? Nak kena tunjuk perspektif orang Israel jugak ke?,” ciap pengguna X lain.

Foto : Tangkap Layar Komen Netizen di Facebook & X Fadhlina Sidek.

“Cuba cikgu terangkan dont no.7 “ikon dan bendera apa yang menyinggung pihak lain?” pihak yang mana untuk tidak disinggung? baru cikgu-cikgu di sekolah jelas (emoji senyum),” komen pengguna X.

Foto : Tangkap Layar Komen Netizen di Facebook Fadhlina Sidek.

Netizen turut meminta penjelasan Fadhlina berhubung pendiriannya terhadap gambar tular memaparkan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menggayakan pakaian Cosplay dan memegang senjata mainan baru-baru ini.

Sebelum ini, apabila beberapa foto murid sekolah menggayakan serban menutup wajah dan ikat kain di kepala yang tertera sokongan untuk Palestin berserta senjata replika dianggap pihak tertentu, termasuk ahli politik DAP dan MCA, sebagai memaparkan unsur ekstremisme dan keganasan.

                                                                         Foto : Tangkap Layar Komen Netizen di X, Fadhlina Sidek

Terdahulu, KPM melarang sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang Minggu Solidariti Palestin termasuk pihaknya tidak akan berkompromi dengan aktiviti berbentuk ekstremisme dan keganasan. 

KPM turut mengesahkan video tular di media sosial mengenai program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti panduan ditetapkan kementerian. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Fadhlina Sidek, X @FadhlinaSiddiq

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *