Terkini
Minggu Solidariti Palestin: Pupuk nilai kemanusiaan, perpaduan sejagat antara murid berbilang kaum
Penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah penting untuk memastikan nilai kemanusiaan sejagat, perpaduan, keharmonian dan karamah insaniah dipupuk dalam kalangan murid berbilang kaum.

- Penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah penting untuk memastikan nilai kemanusiaan sejagat, perpaduan, keharmonian dan karamah insaniah dipupuk dalam kalangan murid berbilang kaum.
- Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali menjelaskan, Minggu Solidariti Palestin yang berlangsung dari 29 Oktober hingga 3 November ini diadakan sebagai tanda kebersamaan Malaysia dalam konflik Israel-Palestin.
- “Maka, kita mengadakan Minggu Solidariti Palestin supaya mereka terlibat sekali dalam memahami nilai-nilai murni yang akan diterjemah menerusi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah-sekolah,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah penting untuk memastikan nilai kemanusiaan sejagat, perpaduan, keharmonian dan karamah insaniah dipupuk dalam kalangan murid berbilang kaum.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali menjelaskan, Minggu Solidariti Palestin yang berlangsung dari 29 Oktober hingga 3 November ini diadakan sebagai tanda kebersamaan Malaysia dalam konflik Israel-Palestin.
“Aktiviti Minggu Solidariti Palestin ini adalah bertujuan untuk menggambarkan suasana keamanan, kedamaian dan kesejahteraan sejagat yang perlu kita pupuk dalam kalangan murid-murid kita.
“Jadi, apa yang sedang berlaku di Palestin ini dilaporkan dalam media-media antarabangsa dan tempatan. Maka anak-anak kita yang berada di bangku sekolah ini tidak terkecuali daripada mendengar atau melihat berita-berita berkenaan.
“Maka, kita mengadakan Minggu Solidariti Palestin supaya mereka terlibat sekali dalam memahami nilai-nilai murni yang akan diterjemah menerusi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah-sekolah,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Pkharuddin memberitahu, penganjuran program seperti itu juga akan memberi ruang yang lebih luas kepada murid di sekolah mengenai kejadian yang berlaku di Palestin dan pada masa sama mengenali hak asasi kemanusiaan sejagat.
Justeru beliau menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan sebarang elemen provokasi serta konfrontasi.
“Minggu Solidariti Palestin ini sepatutnya menerapkan elemen kasih sayang, saling hormat- menghormati dan empati.
“Maka KPM sama sekali tidak akan berkompromi dengan naratif atau apa-apa aktiviti berbentuk ekstremisme dan keganasan serta yang mengandungi provokasi atau menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” ujarnya.
Selain sekolah, Minggu Solidariti Palestin turut melibatkan kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas