Connect with us

Terkini

Dirogol & dipaksa makan babi jika gagal capai sasaran jualan – Mangsa sindiket pekerjaan

Suasana hiba menyelubungi balai ketibaan Lapangan Terbang KLIA di sini apabila tiga mangsa penipuan di Myanmar..

Wartawan TMT

Published

on

Dirogol & dipaksa makan babi jika gagal capai sasaran jualan - Mangsa sindiket pekerjaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mangsa, Safinas berkata, azab dikerah bekerja sebagai penipu atau scammer di Myanmar selama tiga bulan amat perit.
  • “Jika gagal capai sasaran jualan 3,000 yuan (hampir RM2,000) semua ahli kumpulan akan didenda dengan ada dihukum makan daging babi manakala perempuan dirogol,” katanya.
  • Kumpulan itu diselamatkan ADUN tersebut dengan dibantu seorang ahli perniagaan Malaysia di Thailand serta mendapat kerjasama kerajaan Terengganu dan Pahang

SEPANG: Suasana hiba menyelubungi balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini apabila tiga mangsa penipuan di Myanmar disambut keluarga sebaik tiba di negara ini selepas berjaya diselamatkan.

Mereka terdiri daripada seorang lelaki Cina dan dua orang Melayu masing-masing remaja perempuan berusia 19 tahun dan seorang lelaki itu bertolak dari Bangkok, Thailand diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dengan menaiki pesawat Thai Airways penerbangan TG415.

Salah seorangnya yang mahu dikenali sebagai Safinas dalam nada terharu berkata, azab dikerah bekerja sebagai penipu atau scammer di Myanmar selama tiga bulan amat perit.

“Ada lagi 16 warga Malaysia dalam kumpulan saya dan kami dipaksa tugas dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah malam sejak awal Oktober tahun lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Gadis berasal dari Johor itu ternyata kesal kerana mengabai nasihat ibu saudaranya yang menjaga dia dan seorang adik perempuannya setelah kematian ibu bapa dua tahun lalu.

Kumpulan itu diselamatkan ADUN tersebut dengan dibantu seorang ahli perniagaan Malaysia di Thailand, Victor Wong serta mendapat kerjasama kerajaan Terengganu dan Pahang

Misi berkenaan turut sepatutnya membawa pulang lima orang kesemuanya, namun dua mangsa lagi masih berada di Bangkok kerana masalah teknikal melibatkan dokumentasi perjalanan.

Menceritakan lebih lanjut, Safinas berkata, mereka diseludup masuk menerusi laluan tikus di Golok dari Kelantan sebelum dibawa ke Myawaddy, Myanmar dari sempadan Thailand.

Dari situ, mangsa kemudian dibawa pula ke KK Garden di negeri Shan yang terletak 650 kilometer atau 18 jam berkereta dari sempadan sebelum dipecahkan mengikut kumpulan.

“Jika gagal capai sasaran jualan 3,000 yuan (hampir RM2,000) semua ahli kumpulan akan didenda dengan ada dihukum makan daging babi manakala perempuan dirogol,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Hafis, 26, dari Terengganu berkata, dia terpedaya dengan tawaran kerja gaji lumayan disiarkan melalui laman sosial.

Ketika itu dia bertugas di Johor dan dijanjikan akan bekerja sebagai broker urus niaga mata wang asing atau forex di Thailand dengan pendapatan lebih RM4,000 setiap bulan.

Malangnya, setelah sampai di negara jiran itu dan dibawa menaiki kereta ke Myanmar, dia berasa tidak sedap hati serta teringat kisah mangsa penipuan pekerjaan di KK Garden.

Walau bagaimanapun, dia bersyukur apabila dapat menghubungi keluarganya awal bulan ini dan meminta mereka segera membuat laporan polis selain mohon bantuan kerajaan.

Ibunya yang terkejut selepas tiga bulan terputus gagal menghubunginya terus bergegas mendapatkan pertolongan daripada Chon Siang hasil maklumat menerusi media sosial.

“Kami diselamatkan oleh beberapa askar Thailand yang datang ke KK Garden selepas sesi rundingan oleh Victor berjaya sebelum dibawa ke Bangkok dua minggu lalu,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending