Terkini
Rakyat Malaysia perlu bantu pelarian Rohingya sama seperti Palestin
Bekas Ahli Parlimen Klang dan aktivis hak migran membidas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) susulan menyuarakan kebimbangan keselamatan dengan menuntut pelarian etnik Rohingya dihantar pulang ke Myanmar.
- Bekas Ahli Parlimen Klang dan aktivis hak migran membidas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) susulan menyuarakan kebimbangan keselamatan dengan menuntut pelarian etnik Rohingya dihantar pulang ke Myanmar.
- Mereka mengatakan NGO terbabit tidak memahami sepenuhnya nasib kelompok minoriti dari Myanmar itu.
- Memetik laporan FMT, Charles Santiago sebagai berkata etnik Rohingya seperti minoriti lain di seluruh dunia yang bergantung belas ihsan individu lain dan harus dilindungi.
- “Kerajaan harus membenarkan Rohingya bekerja yang akan membantu menangani kekurangan buruh asing,” katanya mengulas gesaan Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak yang dilaporkan meminta warga Rohingya dihantar pulang bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dan harmoni.
- Beliau berkata rakyat Malaysia juga harus membantu etnik Rohingya sebagaimana dilakukan kepada rakyat Palestin.
- Turut mengulas isu sama, Pengarah Eksekutif Inisiatif Utara-Selatan, Adrian Pereira yang menyifatkan kenyataan Halim tidak kena pada tempatnya, selain terdapat banyak maklumat salah mengenai komuniti Rohingya dan rakyat Malaysia mempercayainya.
KUALA LUMPUR — Bekas Ahli Parlimen Klang dan aktivis hak migran membidas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) susulan menyuarakan kebimbangan keselamatan dengan menuntut pelarian etnik Rohingya dihantar pulang ke Myanmar.
Mereka mengatakan NGO terbabit tidak memahami sepenuhnya nasib kelompok minoriti dari Myanmar itu.
Charles Santiago berkata Rohingya terpaksa berpindah dan “dibunuh beramai-ramai” oleh kerajaan mereka sendiri di negeri Rakhine dan hanya mencari tempat selamat.
Beliau berkata dalam beberapa keadaan mereka diperdagangkan ke negara ini.
“Kita sepatutnya lebih bersimpati dengan nasib mereka,” katanya dipetik FMT, hari ini.
Charles berkata etnik Rohingya sama seperti minoriti lain di seluruh dunia yang bergantung belas ihsan individu lain dan harus dilindungi.
Beliau berkata rakyat Malaysia juga harus membantu etnik Rohingya sebagaimana dilakukan kepada rakyat Palestin.
“Kerajaan harus membenarkan Rohingya bekerja yang akan membantu menangani kekurangan buruh asing,” katanya mengulas gesaan Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak yang dilaporkan meminta warga Rohingya dihantar pulang bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dan harmoni.
Halim Ishak dilaporkan berkata ada perbezaan jelas antara soal kemanusiaan dan kedaulatan negara apabila membicarakan isu pelarian berkenaan yang semakin ramai di negara ini.
Katanya, pelarian etnik Rohingya sudah mewujudkan kartel pemerdagangan manusia dalam kalangan rakyat Malaysia dan perlu dihapuskan segera sebelum menjadi lebih parah.
Turut mengulas isu sama, Pengarah Eksekutif Inisiatif Utara-Selatan, Adrian Pereira yang menyifatkan kenyataan Halim tidak kena pada tempatnya, selain terdapat banyak maklumat salah mengenai komuniti Rohingya dan rakyat Malaysia mempercayainya.
Adrian yang berkhidmat dalam masyarakat Rohingya sejak 2011, mempertikaikan dakwaan Halim bahawa komuniti itu terlibat dalam pemerdagangan manusia.
“Orang Rohingya bergantung kepada penyeludup untuk melarikan diri dari negara asal mereka, tetapi mereka tidak menjalankan sindiket itu. Ia dikendalikan oleh orang lain,” katanya. — The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel