Connect with us

Terkini

RUU mansuh hukuman mati mandatori dipinda Februari

Rang undang-undang (RUU) berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dijangka dibentangkan di Parlimen Februari depan, kata Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said.

Wartawan TMT

Published

on

RUU mansuh hukuman mati mandatori dipinda Februari
Foto: Azalina Othman Said, Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi.
  • RUU pemansuhan hukuman mati mandatori dijangka dibentangkan Februari depan, kata Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said.
  • “Penangguhan pelaksanaan hukuman mati masih dikekalkan bagi pesalah hukuman mati sehingga semua pindaan rang RUU itu dilaksanakan,” kata Azalina.
  • Bagaimanapun katanya, pindaan undang-undang itu tidak akan menyebabkan hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya.
  • Sebaliknya ia memberi budi bicara kepada mahkamah untuk memutuskan hukuman setimpal berdasarkan fakta kes.
  • Pelaksanaan hukuman gantian itu dijangka memberi kesan kepada 1,327 banduan yang dijatuhkan hukuman mati.

 

PETALING JAYA: Rang undang-undang (RUU) berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dijangka dibentangkan di Parlimen Februari depan, kata Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said.

Beliau berkata, Jemaah Menteri hari ini meneliti dan membincangkan semula cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

Katanya, pelaksanaan cadangan hukuman gantian itu merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan pemansuhan hukuman mati mandatori diteliti secara mendalam dan terperinci dari semua aspek supaya tindakan susulan memberi impak positif kepada negara. 

Menurutnya, pelaksanaan hukuman gantian itu dijangka memberi kesan kepada 1,327 banduan yang dijatuhkan hukuman mati.

“Penangguhan pelaksanaan hukuman mati (moratorium) masih dikekalkan bagi pesalah hukuman mati sehingga semua pindaan rang undang-undang tersebut dilaksanakan.

“Bagi lain-lain individu yang belum dituduh, hukuman gantian terhadap hukuman mati boleh dikuatkuasakan secara prospektif,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau bagaimanapun berkata, pindaan undang-undang itu tidak akan menyebabkan hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya, sebaliknya ia memberi budi bicara kepada mahkamah untuk memutuskan hukuman setimpal berdasarkan fakta kes. 

“Kerajaan juga akan mempertimbangkan kajian susulan fasa dua yang melibatkan pembaharuan sistem keadilan jenayah seperti dasar penghukuman lebih berkesan, hukuman sebatan dan pembaharuan sistem penjara yang merangkumi langkah untuk mengurangkan kesesakan penjara.” 

Katanya, fokus turut akan diberikan terhadap pendekatan hukuman berteraskan pemulihan dan keadilan restoratif.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending