Connect with us

Antarabangsa

Piala Dunia FIFA Qatar dinobat terbaik abad ini – BBC Sport

Piala Dunia FIFA Qatar 2022 diundi sebagai ‘Piala Dunia terbaik abad ini’ dalam tinjauan British Broadcasting Corporation Sport (BBC Sport) dengan menerima 78 peratus undian.

Wartawan TMT

Published

on

Piala Dunia FIFA Qatar dinobat terbaik abad ini - BBC Sport
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Piala Dunia FIFA Qatar 2022 diundi sebagai ‘Piala Dunia terbaik abad ini’ dalam tinjauan BBC Sport dengan menerima 78 peratus undian.
  • Keputusan itu dikeluarkan sekalipun sebelum ini BBC mengelak liputan upacara pembukaan Piala Dunia, sebaliknya melancarkan serangan terhadap rekod hak asasi manusia Qatar, dalam satu tindakan menyaksikan BBC menerima tindak balas daripada peminat bola sepak di United Kingdom.
  • Presiden FIFA, Gianni Infantino dan beberapa penyokong lain turut menyifatkan kejohanan itu sebagai yang terbaik kerana kepelbagaian dan kemasukan pemain.
  • Qatar juga menyaksikan legasi bola sepak yang berakhir dengan Lionel Messi memperoleh kegemilangan Piala Dunianya dengan mengalahkan skuad Perancis melalui keputusan 4-2 menerusi sepakan penalti.

QATAR – Piala Dunia FIFA Qatar 2022 diundi sebagai ‘Piala Dunia terbaik abad ini’ dalam tinjauan British Broadcasting Corporation Sport (BBC Sport) dengan menerima 78 peratus undian.

Foto: Hasil undian kejohanan Piala Dunia terbaik.

Barisan seterusnya ialah Piala Dunia 2002 (Jepun/Korea Selatan) dengan hanya enam peratus undian, diikuti 2014 (Brazil) dengan lima peratus, 2006 (Jerman) dan 2018 (Rusia) terikat pada empat peratus dan akhirnya Piala Dunia 2010 (Afrika Selatan) dengan tiga peratus.

Keputusan itu dikeluarkan sekalipun sebelum ini BBC memilih untuk mengelak liputan sewajarnya bagi upacara pembukaan Piala Dunia 2022, sebaliknya memilih melancarkan serangan terhadap rekod hak asasi manusia Qatar dalam satu tindakan menyaksikan BBC menerima tindak balas daripada peminat bola sepak di United Kingdom.

Atas sebab lain, Qatar juga menyaksikan legasi bola sepak yang berakhir dengan Lionel Messi memperoleh kegemilangan Piala Dunianya dengan mengalahkan skuad Perancis melalui keputusan 4-2 menerusi sepakan penalti.

Beberapa detik mengejutkan juga tercatat di Qatar apabila Maghribi menjadi pasukan Afrika dan Arab pertama mara ke separuh akhir.

Presiden FIFA, Gianni Infantino dan beberapa penyokong lain turut menyifatkan kejohanan itu sebagai yang terbaik kerana kepelbagaian dan kemasukan pemain.

“Ramai orang dari seluruh dunia datang ke Qatar dan mengenali dunia Arab yang mereka tidak tahu atau mereka tahu hanya untuk apa digambarkan kepada mereka,” kata Presiden FIFA  kepada pemberita dipetik Gulf Times.

Daripada kejutan dan kekecewaan di peringkat kumpulan sehinggalah keterujaan pusingan kalah mati serta boleh dikatakan pengakhiran terbaik yang pernah ada, Piala Dunia Qatar 2022 menggerakkan dunia dalam pelbagai cara.

Selepas kemenangan mendebarkan Argentina ke atas juara bertahan Perancis dalam penentuan sepakan penalti, Lionel Messi akhirnya memenangi trofi gagal dimenangi sepanjang kariernya yang panjang.

Kejohanan bersejarah itu yang pertama kali diadakan di Timur Tengah diwarnai dengan banyak gol dan ‘comeback’ menarik dengan Maghribi dan Jepun muncul antara pasukan yang menyerlah.

Sumber : Gulf Times

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending