Connect with us

Antarabangsa

Menang lawan perempuan muda, Atlet lelaki transgender menang anugerah

Seorang atlet bola sepak Gaelic lelaki transgender dikritik teruk selepas perlawanan dengan pemain wanita selain mendapat penganugerahan sukan dan diprofilkan secara positif oleh sebuah penerbitan LGBT, lapor Reduxx.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Atlet bola sepak Gaelic lelaki transgender, Marco Valentino.
  • Seorang atlet bola sepak Gaelic lelaki transgender dikritik teruk selepas perlawanan dengan pemain wanita selain mendapat penganugerahan sukan dan diprofilkan secara positif oleh sebuah penerbitan LGBT.
  • Giulia Valentino sebelum ini dikenali sebagai Marco Valentino, 39, dipuji sebagai “peneraju” oleh Gay Community News dalam sebuah artikel yang turut mengumumkan beliau sebagai penerima Anugerah Sukan LGBTQ+ Galas 2023 dan dianugerahkan kepadanya di Dublin pada 7 Oktober lalu.
  • Berita mengenai anugerah Valentino itu mencetuskan kemarahan netizen selain mereka bimbang tentang fenomena yang mana seorang lelaki diberi ganjaran kerana bersaing dalam sukan bersentuhan dengan wanita muda.

IRELAND – Seorang atlet bola sepak Gaelic lelaki transgender dikritik teruk selepas perlawanan dengan pemain wanita selain mendapat penganugerahan sukan dan diprofilkan secara positif oleh sebuah penerbitan LGBT, lapor Reduxx.

Giulia Valentino sebelum ini dikenali sebagai Marco Valentino, 39, dipuji sebagai “peneraju” oleh Gay Community News dalam sebuah artikel yang turut mengumumkan beliau sebagai penerima Anugerah Sukan LGBTQ+ Galas 2023 dan dianugerahkan kepadanya di Dublin pada 7 Oktober lalu.

Berita mengenai anugerah Valentino itu mencetuskan kemarahan netizen dalam talian selain mereka bimbang tentang fenomena yang mana seorang lelaki diberi ganjaran kerana bersaing dalam sukan bersentuhan dengan wanita muda.

Meskipun dikecam, pemain kumpulan Na Gaeil Aeracha itu dipuji media sebagai ‘berani dan anggun’ berhubung perkara tersebut.

Ketika perlawanan itu, seorang sumber yang menonton perlawanan memberitahu pengadil pada awalnya menganggap Valentino adalah sebahagian pihak pengurusan Na Gaeil Aeracha sehinggalah beliau melihat lelaki transgender itu bermain dengan atlet wanita ketika itu.

Setelah menyedari Valentino sedang berentap dalam perlawanan itu, beliau menghentikan permainan untuk memberitahu kumpulan itu bahawa ada ‘masalah dengan nombor 21’ dan memberitahu mereka ‘pemain itu lelaki’.

Ekoran itu, Persatuan Atletik Gaelic (GAA) dan Persatuan Bola Sepak Gaelic Ladies (LGFA) mengeluarkan kenyataan berjanji untuk melaksanakan dasar dikemaskini mengenai atlet transgender.

Apa menambahkan kritikan daripada aktivis hak asasi wanita, LGFA dilaporkan sedang bekerjasama  dengan Valentino untuk merangka garis panduan baharu mengenai perkara itu.

Sumber: Reduxx

Author

Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending