Antarabangsa
Persekutuan Bola Sepak Perancis ‘kekang’ pemain sambut Ramadan
Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) menjelaskan kepada pemain beragama Islam dalam pasukan kebangsaannya bahawa ‘kelonggaran’ tidak akan diberikan kepada mereka yang berpuasa ketika Ramadan, lapor 5 pillars.

- Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) menjelaskan kepada pemain beragama Islam dalam pasukan kebangsaannya bahawa ‘kelonggaran’ tidak akan diberikan kepada mereka yang berpuasa ketika Ramadan, lapor 5 pillars.
- Pasukan kebangsaan itu merangkumi beberapa pemain Islam seperti Ibrahima Konate dan Ousmane Dembele yang sedang bersiap sedia untuk dua perlawanan persahabatan menentang Jerman dan Chile.
- Menurut laporan media Perancis, FFF “menjemput pemain untuk menangguhkan puasa mereka” semasa bersama pasukan kebangsaan.
- FFF juga menjelaskan perlawanan tidak akan dihentikan untuk membolehkan pemain berbuka puasa.
- Ini termasuk latihan tidak akan ditangguhkan dan jamuan akan dihidangkan kepada semua yang hadir.
Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) menjelaskan kepada pemain beragama Islam dalam pasukan kebangsaannya bahawa ‘kelonggaran’ tidak akan diberikan kepada mereka yang berpuasa ketika Ramadan, lapor 5 pillars.
Pasukan kebangsaan itu merangkumi beberapa pemain Islam seperti Ibrahima Konate dan Ousmane Dembele yang sedang bersiap sedia untuk dua perlawanan persahabatan menentang Jerman dan Chile.
Menurut laporan media Perancis, FFF “menjemput pemain untuk menangguhkan puasa mereka” semasa bersama pasukan kebangsaan.
FFF juga menjelaskan perlawanan tidak akan dihentikan untuk membolehkan pemain berbuka puasa.
Ini termasuk latihan tidak akan ditangguhkan dan jamuan akan dihidangkan kepada semua yang hadir.
“Padang bukan tempatnya untuk agama diamalkan, walau apapun agamanya,” kata FFF.
Ia menambah bahawa menurut peraturannya sendiri, ia diwajibkan untuk menghormati “neutraliti agama secara mutlak.”
“Persekutuan telah bertindak balas terhadap situasi ini dengan kenyataan yang mengutamakan sekularisme.
“Kami dengan jelas menegaskan bahawa sukan padang bukanlah tempat untuk mengamalkan agama, walau apa pun agama itu.
“Tiada sesiapa patut meminta Persekutuan untuk tidak mengguna pakai undang-undang Republik Perancis,” kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif FFF, Éric Borghini. – The Merdeka Times
