Connect with us

Antarabangsa

Penganjuran Sukan Gay di Hong Kong dibantah kerana sebar ideologi Barat

Sukan Gay pertama di Asia berdepan tindak balas politik di Hong Kong yang juga penganjur bersama acara itu selepas sekumpulan penggubal undang-undang konservatif menggesa pihak berkuasa membatalkannya dan turut mencadangkan ia boleh melanggar undang-undang keselamatan negara yang menyeluruh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sukan Gay pertama di Asia berdepan tindak balas politik di Hong Kong yang juga penganjur bersama acara itu selepas sekumpulan penggubal undang-undang konservatif menggesa pihak berkuasa membatalkannya dan turut mencadangkan ia boleh melanggar undang-undang keselamatan negara yang menyeluruh.
  • Acara berusia empat dekad itu melibatkan atlet gay (songsang) dan normal di seluruh dunia untuk bersaing dalam festival sukan, seni dan budaya, dimulakan pada 3 November lalu membabitkan Hong Kong dan bandar Mexico Guadalajara sebagai tuan rumah bersama, lapor CNN.
  • Lapan penggubal undang-undang menyokong petisyen kumpulan konservatif yang menggesa acara itu dibatalkan, mendakwa ia menyokong hak LGBTQ dan menyebarkan “ideologi Barat”.

HONG KONG — Sukan Gay pertama di Asia berdepan tindak balas politik di Hong Kong yang juga penganjur bersama acara itu selepas sekumpulan penggubal undang-undang konservatif menggesa pihak berkuasa membatalkannya dan turut mencadangkan ia boleh melanggar undang-undang keselamatan negara yang menyeluruh.

Acara berusia empat dekad itu melibatkan atlet gay (songsang) dan normal di seluruh dunia untuk bersaing dalam festival sukan, seni dan budaya, dimulakan pada 3 November lalu membabitkan Hong Kong dan bandar Mexico Guadalajara sebagai tuan rumah bersama, lapor CNN.

Acara itu berdepan tentangan hebat daripada beberapa individu hab kewangan China baharu dari sistem politik “patriots only” yang dibawa masuk Beijing berikutan protes demokrasi yang besar dan acapkali bersifat ganas pada 2019.

Lapan penggubal undang-undang menyokong petisyen kumpulan konservatif yang menggesa acara itu dibatalkan, mendakwa ia menyokong hak LGBTQ dan menyebarkan “ideologi Barat”.

Seorang penggubal undang-undang pro-Beijing dan terkenal dengan penentangan terhadap hak gay, Junius Ho berkata, petisyen itu “membantah mana-mana ideologi Barat yang menyaluti agendanya atas nama kepelbagaian dan keterangkuman untuk acara sukan.”

Beliau berkata acara itu boleh melanggar peruntukan dalam undang-undang keselamatan negara baharu yang melarang kuasa asing campur tangan dalam tadbir urus Hong Kong.

Bagaimanapun, acara itu tetap berlangsung pada 4 November lalu sekalipun berdepan  tentangan penggubal undang-undang anti-LGBTQ dan aktivis hak asasi manusia, lapor Reuters.

Advertisement

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending