Terkini
Pakaian sukan patuh syariah Terengganu hanya untuk atlet beragama Islam
Kerajaan Terengganu menegaskan, pakaian patuh syariah terhadap atlet gimnastik dan gimrama negeri ini, hanya membabitkan peserta yang beragama Islam sahaja.
- Kerajaan Terengganu menegaskan, pakaian patuh syariah terhadap atlet gimnastik dan gimrama negeri ini, hanya membabitkan peserta yang beragama Islam sahaja.
- Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, berkata garis panduan pemakaian sukan patuh syariah itu tidak membabitkan atlet bukan Islam.
- Beliau berkata, pihaknya hanya tidak memberi kebenaran kepada atlet gimnastik dan gimrama wanita beragama Islam menyertai kejohanan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
- “Kita tidak ada masalah, malah tidak pernah menyekat atau menghalang kepada mana-mana atlet gimnastik dan gimrama wanita bukan beragama Islam negeri ini menyertai temasya tahunan itu,” katanya.
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menegaskan, pakaian patuh syariah terhadap atlet gimnastik dan gimrama negeri ini, hanya membabitkan peserta yang beragama Islam sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, berkata garis panduan pemakaian sukan patuh syariah itu tidak membabitkan atlet bukan Islam.
Beliau berkata, pihaknya hanya tidak memberi kebenaran kepada atlet gimnastik dan gimrama wanita beragama Islam menyertai kejohanan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
“Jika ada dalam kalangan atlet gimnastik dan gimrama wanita bukan beragama Islam yang merasakan mampu bersaing di SUKMA 2024, persatuan terbabit boleh memohon untuk menghantar peserta.
“Kita tidak ada masalah, malah tidak pernah menyekat atau menghalang kepada mana-mana atlet gimnastik dan gimrama wanita bukan beragama Islam negeri ini menyertai temasya tahunan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mempersoalkan dengan tindakan kerajaan Terengganu membabitkan pematuhan pakaian tidak patuh syariah kepada atlet wanita negeri ini.
Media melaporkan, Hishamuddin menjawab soalan yang diajukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali Ke-15, kelmarin.
ADUN Sura terbabit bertanya mengenai standard pemakaian menutup aurat yang ditetapkan kerajaan negeri pada setiap acara sukan dan program dianjurkan NGO.
Mengulas lanjut, Hishamuddin yang juga ADUN Tepuh, berkata pihaknya juga mahu memastikan atlet gimnastik dan gimrama wanita bukan beragama Islam yang betul-betul berbakat diberi keutamaan.
Katanya, pihaknya tidak mahu hanya menghantar atlet yang sekadar pelengkap penyertaan semata-mata dan biarlah mampu meraih pingat buat negeri Terengganu.
“Jadi, saya harap isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana garis panduan pemakaian sukan patuh syariah hanya tertakluk kepada atlet beragama Islam dan tidak membabitkan atlet bukan beragama Islam di Terengganu,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times