Antarabangsa
Puma tamatkan penajaan pasukan kebangsaan Israel tahun depan
Puma bakal menamatkan penajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel tahun depan.
- Puma bakal menamatkan penajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel tahun depan.
- Jurucakap firma pakaian sukan Jerman itu memaklumkan perkara tersebut hari ini berdasarkan keputusan yang dibuat sebelum berlakunya serangan 7 Oktober lalu.
- “Sementara dua pasukan kebangsaan baru ditandatangani – termasuk sebuah pasukan baru – yang kelak akan diumumkan pada akhir tahun ini dan pada 2024.
- “Kontrak beberapa persekutuan seperti Serbia dan Israel, akan tamat pada 2024,” kata jurucakap itu menerusi kenyataan dalam e-mel.
BERLIN – Puma bakal menamatkan penajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel tahun depan.
Jurucakap firma pakaian sukan Jerman itu memaklumkan perkara tersebut hari ini berdasarkan keputusan yang dibuat sebelum berlakunya serangan 7 Oktober lalu.
“Sementara dua pasukan kebangsaan baru ditandatangani – termasuk sebuah pasukan baru – yang kelak akan diumumkan pada akhir tahun ini dan pada 2024.
“Kontrak beberapa persekutuan seperti Serbia dan Israel, akan tamat pada 2024,” kata jurucakap itu menerusi kenyataan dalam e-mel.
Keputusan itu dibuat sejak 2022, iaitu sebahagian dari strategi baharu “fewer-bigger-better strategy” (kurang-lebih besar-strategi lebih baik) Puma yang sejajar dengan garis masa untuk mereka bentuk dan membangunkan jersi pasukan (baru), kata jurucakap itu.
The Financial Times antara pihak pertama melaporkan perkara itu.
Gerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) menyeru pemboikotan perusahaan itu sebelum 7 Oktober lagi atas penajaannya terhadap pasukan kebangsaan Israel.
Bagaimanapun, seruan boikot baru-baru ini bertambah kuat dan berkembang kepada firma dan produk-produk lain berikutan serangan genosid berterusan tentera rejim pengganas Israel ke atas warga Palestin di Gaza yang dilihat melampaui batas kemanusiaan.
Sumber: Channel News Asia
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR