Connect with us

Terkini

Peraturan baharu EU sekat ekonomi pekebun kecil

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Fadillah Yusof mengkritik peraturan baru Kesatuan Eropah (EU) yang dipercayai akan menyekat perekonomian petani kecil.

Wartawan TMT

Published

on

Peraturan baharu EU sekat ekonomi pekebun kecil
Foto: Fadillah Yusof.
  • TPM, Fadillah Yusof mengkritik peraturan baru Kesatuan Eropah (EU) dipercayai akan menyekat perekonomian petani kecil.
  • Peraturan baharu dilaksanakan EU mengharamkan produk dan komoditi tertentu dikaitkan dengan penebangan dan degradasi hutan seperti kelapa sawit, kayu balak, koko dan juga getah.
  • Peraturan itu juga mendorong kenaikan harga makanan lebih tinggi, kurangkan pengeluaran makanan ketika inflasi global melanda dunia,beri kesan kepada usaha basmi kemiskinan sekaligus jejaskan ekonomi Eropah dan Malaysia.
  • “Peraturan produk bebas penebangan hutan adalah tindakan sengaja Eropah untuk menyekat akses pasaran, menjejaskan petani kecil dan melindungi pasaran minyak bijian domestik yang tidak cekap dan tidak dapat bersaing dengan kos minyak sawit,” kata Fadillah Yusof.

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2022 – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Fadillah Yusof mengkritik peraturan baru Kesatuan Eropah (EU) yang dipercayai akan menyekat perekonomian petani kecil.

Menerusi sebuah kenyataan, beliau berkata, “Peraturan produk bebas penebangan hutan adalah tindakan sengaja Eropah untuk menyekat akses pasaran, menjejaskan petani kecil dan melindungi pasaran minyak bijian domestik yang tidak cekap dan tidak dapat bersaing dengan kos minyak sawit.”

Peraturan baharu EU telah mengharamkan produk dan komoditi tertentu yang dikaitkan dengan penebangan dan degradasi hutan seperti kelapa sawit, kayu balak, koko dan juga getah.

Peraturan itu juga mendorong kenaikan harga makanan lebih tinggi, mengurangkan pengeluaran makanan ketika inflasi global melanda dunia, memberi kesan kepada usaha membasmi kemiskinan sekaligus menjejaskan ekonomi Eropah dan Malaysia.

Susulan itu, negara-negara akan disenaraikan sama ada berisiko tinggi, standard ataupun rendah berdasarkan ketetapan tertentu. Lebih merunsingkan, peraturan ini bakal menyerang Malaysia jika minyak sawit atau negara tergolong dalam kalangan berisiko tinggi.

Meskipun demikian, Fadillah berpandangan justifikasi EU adalah berdasarkan hujah tidak munasabah kerana Malaysia mempunyai minyak sawit mampan dan antara minyak sayuran paling diperakui oleh dunia.

Tegasnya, “Malaysia akan terus menyediakan minyak sawit yang mampan dan bebas penebangan hutan kepada pelanggan di Eropah dan global.”

Mengulas lanjut, Fadilah turut mengharapkan agar EU komited dalam penglibatan bersama negara pengeluar dan Malaysia menghargai kesatuan itu sebagai salah satu rakan pelaburan dan perdagangan penting.

Sumber: Samudera

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending