Connect with us

Terkini

PASTI, SRITI pupuk perpaduan kaum, bukan pelampau seperti digambarkan

Cubaan pihak tertentu mengaitkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dengan ideologi ekstremisme atau pelampau terpesong sama sekali dari kebenaran.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

PASTI, SRITI pupuk perpaduan kaum, bukan pelampau seperti digambarkan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Cubaan pihak tertentu mengaitkan PASTI dan SRITI dengan ekstremisme terpesong sama sekali dari kebenaran.
  • Sebaliknya, kedua-dua institusi pendidikan agama itu memupuk perpaduan antara kaum dan tidak bersifat ekstrem seperti digambarkan.
  • Guru Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI), Mohd Fauzan Madzlan berkata tuduhan itu mempunyai niat buruk.
  • “Kami anjurkan program khas sambutan Tahun Baharu Cina, malah kami ada subjek Komunikasi Mandarin yang wajib diajar kepada murid,” kata Mohd Fauzan.
  • Guru Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Perlis, Azreen Jumri pula menyifatkan kontroversi itu sebagai bahan provokasi terhadap PAS.

KUALA LUMPUR – Cubaan pihak tertentu mengaitkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dengan ideologi ekstremisme atau pelampau terpesong sama sekali dari kebenaran.

Sebaliknya, kedua-dua institusi pendidikan agama itu memupuk perpaduan antara kaum dan tidak bersifat ekstrem seperti digambarkan.

Guru Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI), Mohd Fauzan Madzlan berkata tuduhan itu mempunyai niat buruk.

“Memang mereka penuh dengan agenda busuk, di sini saya buktikan bahawa PASTI dan SRITI tidak seperti yang digambarkan.

“Kami anjurkan program Green Silk iaitu program khas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, malah bagi sesiapa yang belum tahu, kami ada subjek Komunikasi Mandarin yang wajib diajar kepada murid. 

“Adakah mereka masih menyangka institusi pendidikan PAS ekstrem dan rasis?,” katanya dalam hantaran Facebook beliau.

Guru Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Perlis, Azreen Jumri pula menyifatkan kontroversi itu sebagai bahan provokasi terhadap Parti Islam Se Malaysia (PAS).

“Tidak pernah kami menyebut dan menanamkan fikiran benci kerajaan semasa, mahupun membenci lain-lain parti . 

“Dalam kenalan FB saya ramai waris yang menghantar anak anak mereka di SRITI dan PASTI. Saya yakin mereka juga mempunyai pandangan yang sama. 

“Mungkin mereka risau sebab PAS mempunyai sistem pendidikan sendiri di mana ia mengukuhkan nilai Islam sejak anak kecil lagi,” katanya.

Walaupun banyak kekurangan, jelasnya, inilah cara PAS menyeru umat Islam untuk menambahkan ganjaran pahala. 

“Tapi biasalah mahu tambah pahala wajib ada halangan. Wajib ada tentangan. Nak tambah dosa pula kerja senang. Tak susah pun. 

“Jadi, jangan takut sangat wahai penentang Islam. Budak PASTI sahaja pun kalian mahu lawan,” katanya.

Sementara itu, peniaga dalam talian, Ummu Ashikin berkata, yang membezakan SRITI dengan sekolah kebangsaan hanyalah bab akhirat sahaja.

“Kami juga ada silibus daripada KPM di mana terdapat penambahan subjek Diniah dan Kaffah agar anak-anak kenal Allah. 

“Cuma beza kami dengan sekolah kebangsaan ialah setiap pagi anak-anak diajarkan solat sunat dhuha secara berjemaah, bacaan al-matsurat, bacaan surah al-kahfi dan asmaul husna.

“Yang paling menyeronokkan kami mengajar amalan qailullah (tidur sebelum waktu zohor) dan solat berjemaah di sekolah,” katanya dalam hantaran Facebook beliau.

Ummu berpendapat wartawan The Vibes berniat jahat apabila cuba mengaitkan PASTI dan SRITI dengan ekstremisme, hanya kerana ia di bawah kelolaan Pemuda PAS, ketika mengajukan soalan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek minggu lalu. – The Merdeka Times

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending