Connect with us

Terkini

Apa tujuan keluar memo siasat PASTI yang bukan entiti perniagaan? – Ketua Pemuda PAS

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah aktiviti sukarelawan melibatkan ahli parti dan tidak membabitkan aktiviti antara pekerja dan majikan serta bukan aktiviti perniagaan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden.
  • Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik PAS adalah aktiviti sukarelawan melibatkan ahli parti dan tidak membabitkan aktiviti antara pekerja dan majikan serta bukan aktiviti perniagaan.
  • Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pihaknya kini hairan PASTI ditekan sejak kebelakangan ini di bawah Menteri Sumber Manusia yang baharu, selepas 40 tahun ia ditubuhkan secara sah.
  • “Menteri tidak jawab soalan saya, apa tujuan dibuat siasatan di premis Pasti, keluar memo dari Kementerian Sumber Manusia mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia) melakukan pemeriksaan di semua premis Pasti.
  • “Saya ada beberapa fakta dan dokumen yang boleh jadi bukti yang pertama Pasti bukan entiti perniagaan atau sebuah tadika, Pasti merupakan aktiviti parti Pas untuk anak-anak ahli dan penyokong Pasti seperti peruntukan di bawah fasal 62 Perlembagaan Pasti pindaan 2020.
  • “Yang kedua program aktiviti Pasti ini diiktiraf di bawah peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 yang menyebut keputusan parti politik adalah muktamad dan konklusif dan itu punca kuasa yang diberikan kepada Pas untuk menjalankan aktiviti Pasti,” katanya dipetik MalaysiaGazette pada sidang media di Parlimen di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah aktiviti sukarelawan melibatkan ahli parti dan tidak membabitkan aktiviti antara pekerja dan majikan serta bukan aktiviti perniagaan.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pihaknya kini hairan PASTI ditekan sejak kebelakangan ini di bawah Menteri Sumber Manusia yang baharu, selepas 40 tahun ia ditubuhkan secara sah.

Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata pihaknya tidak mahu menuduh wujud satu agenda lain, namun tidak mahu juga masyarakat melihat kerajaan sedia ada tidak begitu selesa atau suka kepada pendidikan Islam pra sekolah.

“Menteri tidak jawab soalan saya, apa tujuan dibuat siasatan di premis Pasti, keluar memo dari Kementerian Sumber Manusia mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia) melakukan pemeriksaan di semua premis Pasti.

“Saya ada beberapa fakta dan dokumen yang boleh jadi bukti yang pertama Pasti bukan entiti perniagaan atau sebuah tadika, Pasti merupakan aktiviti parti Pas untuk anak-anak ahli dan penyokong Pasti seperti peruntukan di bawah fasal 62 Perlembagaan Pasti pindaan 2020.

“Yang kedua program aktiviti Pasti ini diiktiraf di bawah peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 yang menyebut keputusan parti politik adalah muktamad dan konklusif dan itu punca kuasa yang diberikan kepada Pas untuk menjalankan aktiviti Pasti,” katanya dipetik MalaysiaGazette pada sidang media di Parlimen di sini pada Selasa.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim sebelum ini di Dewan Rakyat dilaporkan berkata kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan, termasuk parti politik jika berlaku perlanggaran hak pekerja.

Steven Sim berkata pendirian kerajaan tetap dan tegas bahawa pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukan satu perkara boleh dipermainkan.

Ia berkaitan satu memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia yang tular mengenai satu arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap PASTI, selain Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam atau SMITI yang didakwa membayar gaji rendah kepada kakitangan di bawah daripada kadar gaji minimum iaitu RM1,500.

Guru-guru PASTI didakwa dibayar serendah RM500 bergantung kepada yuran yang dibayar ibu bapa dan yurannya pula berbeza mengikut kawasan bandar atau pedalaman.

Mereka tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak mempunyai pencen dan dikatakan tidak dibayar tuntutan kerja lebih masa. — The Merdeka Times

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending