Connect with us

Terkini

YDPA perlu lantik Anwar sebagai PM, pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan

Pandangan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung keperluan Yang di-Pertuan Agong melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana berpandukan duluan 1974 di United Kingdom adalah berlanggar dengan Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Wartawan TMT

Published

on

YDPA perlu lantik Anwar sebagai PM, pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Foto: Dari kiri, Tommy Thomas, Mohamed Haniff Khatri Abdulla 
  • Pandangan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung keperluan YDPA lantik Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana berpandukan duluan 1974 di United Kingdom adalah berlanggar Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan.
  • Peruntukan Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan kuasa pelantikan Perdana Menteri dan selanjutnya kuasa pembentukan kerajaan oleh Perdana Menteri itu diletakkan dibawah YDPA bagi menentukan siapakah Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Tuanku mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah terpilih di PRU15 itu.
  • “Peruntukan bertulis Perkara 43(2) ini tiada dalam sistem Perlembagaan United Kingdom, kerana negara itu tidak ada mana-mana perlembagaan bertulis.
  • “Justeru, kenyataan Tommy Thomas untuk secara terus menganggap duluan 1974 di United Kingdom perlu dituruti oleh Tuanku di sini, adalah pincang, khilaf dan melanggar peruntukan bertulis Perkara 43(2) itu,” – Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla 

 

GEORGETOWN – Pandangan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung keperluan Yang di-Pertuan Agong melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana berpandukan duluan 1974 di United Kingdom adalah berlanggar dengan Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Bagaimana pun, menurut peruntukan Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan kuasa pelantikan Perdana Menteri dan selanjutnya kuasa pembentukan kerajaan oleh Perdana Menteri itu diletakkan dibawah Yang di-Pertuan Agong bagi menentukan siapakah Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Tuanku mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah terpilih di PRU15 itu.

“Peruntukan bertulis Perkara 43(2) ini tiada dalam sistem Perlembagaan United Kingdom, kerana negara itu tidak ada mana-mana perlembagaan bertulis.

“Justeru, kenyataan Tommy Thomas untuk secara terus menganggap duluan 1974 di United Kingdom perlu dituruti oleh Tuanku di sini, adalah pincang, khilaf dan melanggar peruntukan bertulis Perkara 43(2) itu,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Yang di-Pertuan Agong mesti melantik Anwar sebagai Perdana Menteri kerana gabungan itu memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum, kata Tommy Thomas.

Bekas peguam negara itu berhujah berdasarkan keputusan pilihan raya United Kingdom 1974 yang turut menyaksikan keadaan Parlimen tergantung.

Katanya, Ratu Elizabeth ketika itu mengundang gabungan yang memperoleh undi terbanyak untuk membentuk kerajaan.

Justeru, katanya, oleh kerana Malaysia turut menggunakan sistem parlimen Westminster, Anwar patut diberikan peluang diberikan peluang untuk menjadi perdana menteri.”

Mengulas lanjut, Mohamed Haniff berkata, sejumlah besar keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah Tertinggi di Malaysia yang dengan jelas telah berulangkali menyatakan bahawa takrifan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak boleh bersandarkan mana-mana perlembagaan bertulis mahupun tidak bertulis negara luar, termasuk United Kingdom.

Jelasnya, kandungan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kita telah digubal dengan mengambil kira keunikan sejarah dan keadaan semasa dari sebelum dan semasa pembentukan negara Malaysia yang merdeka.

Tambah beliau, dalam erti kata lain Perlembagaan Malaysia tidak pernah dimaksudkan dan bukanlah begitu mudah menjadi cerminan perlembagaan United Kingdom yang tidak tertulis.

 

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending