Connect with us

PRU-15

Wujud ‘konspirasi terancang’ kelirukan YDPA tentukan siapa PM ke-10- Annuar

Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud konspirasi terancang apabila ada pihak cuba mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dalam soal pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Wartawan TMT

Published

on

Wujud ‘konspirasi terancang’ kelirukan YDPA tentukan siapa PM ke-10- Annuar
Foto: Tan Sri Annuar Musa
  • Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud konspirasi terancang apabila ada pihak cuba mengelirukan Agong dalam soal pemilihan PM ke-10.
  • Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, perbuatan ini bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan, malah bertentangan dengan keputusan Dewan Tertinggi BN.
  • Kerumitan yang wujud dalam isu ini disebabkan ada pihak dalam BN membuat pakatan sulit atau konspirasi sejak sebelum PRU15, katanya.
  • Antaranya, dasar parti ‘No Anwar, No DAP’ diputuskan dalam PAU yang mengikat semua orang dan tak boleh dirombak mana-mana individu. 
  • “Kedua, pendirian anggota parlimen dipilih, untuk menentukan siapa mereka sokong bagi memegang jawatan Perdana Menteri,” kata Annuar.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud konspirasi terancang apabila ada pihak cuba mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dalam soal pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Tanpa merujuk kepada siapa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh mendakwa, pihak terbabit mengemukakan dokumen bercanggah Perlembagaan dan bertentangan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) diumum hari ini.

“Difahamkan ada pihak sekali lagi cuba ‘misled’ (mengelirukan) Yang di-Pertuan Agong dengan dokumen bukan saja bercanggah Perlembagaan malah bertentangan keputusan Dewan Tertinggi BN hari ini.

“Perbuatan menjayakan ‘konspirasi terancang’ ini amat dan melanggar resolusi diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini serta keputusan Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam ini.

Semua 30 Ahli Parlimen BN dilaporkan sepakat memutuskan untuk berkecuali daripada menyokong mana-mana nama dicalonkan sebagai Perdana Menteri, selain bersedia untuk menjadi pembangkang.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi dilaporkan membincangkan pendirian BN dan ahli parlimen berhubung pelantikan Perdana Menteri serta penubuhan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk mengadap baginda secara individu di Istana Negara, esok pada jam 10.30 pagi

Advertisement

Dalam pada itu, Annuar berkata, kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bakal menamatkan polemik pemilihan Perdana Menteri dengan baik dan lancar.

Namun, katanya, kerumitan yang wujud dalam isu ini disebabkan ada pihak dalam BN membuat pakatan sulit atau konspirasi sejak sebelum PRU15, tanpa menyedari perkara itu menjadi satu kesalahan besar serta tidak sah dan terbatal.

“Pertama, dasar parti ‘No Anwar, No DAP’ diputuskan dalam perhimpunan agung adalah ‘binding’ (mengikat) semua orang dan tak boleh dirombak mana-mana individu. Sebarang tindakan bercanggah dengan dasar parti adalah ‘null and void’.

“Kedua, pendirian anggota parlimen dipilih, untuk menentukan siapa mereka sokong bagi memegang jawatan Perdana Menteri, mesti dibuat tanpa sebarang tekanan sesiapa. Ahli parlimen berhak membuat keputusan mengikut dasar parti diputuskan secara sah.

“Sebarang dokumen lain cuba dimanipulasi adalah terbatal dan tidak sah serta tidak berperlembagaan. Justeru kita yakin kebijaksanaan dan sikap adil serta berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai penguasa mutlak dalam melantik Perdana Menteri,” katanya.

Annuar berkata, beliau difahamkan setiap Ahli Parlimen BN akan diberi peluang menyatakan sendiri pilihan mereka, sesuai dengan kehendak perlembagaan dan masalah konspirasi yang terbongkar, akan diurus UMNO dan BN.

Advertisement

 

Sumber: Berita Harian

 

PRU-15

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Wartawan TMT

Published

on

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 
Foto (dari kiri): Dr Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan), Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), dan Sreananda Rao (Bebas).
  • PRU15 kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.
  • Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah umumkan perkara tersebut setelah tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.
  • Antara calon yang terlibat adalah Datuk Azman Nasrudin (PN), Datuk Sivarraajh Chandran (BN), Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari (PH), calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.
  • Undi bagi Parlimen Padang Serai ditangguh susulan kematian calon PH iaitu M Karupaiya pada 16 November lalu.
  • SPR menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal 3 Disember, serta tempoh berkempen selama 13 hari.

KULIM: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN); Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari hingga jam 11.59 malam 6 Disember bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending