Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Piala Dunia 2022 saksikan lebih 500 peluk Islam di Qatar

Seorang pendakwah mendakwa lebih 500 orang memeluk Islam sebelum dan ketika Piala Dunia 2022 berlangsung di Qatar dan jumlah itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

Wartawan TMT

Published

on

(VIDEO) Piala Dunia 2022 saksikan lebih 500 peluk Islam di Qatar
Foto: Tangkap layar video peminat bola sepak dari Mexico melafaz Syahadah di hadapan pendakwah Hayyan Al-Yafei.
  • Seorang pendakwah mendakwa lebih 500 orang memeluk Islam sebelum dan ketika Piala Dunia 2022 berlangsung di Qatar.
  • Video dikongsikan akaun Instagram @muslim.daily menyaksikan seorang peminat bola sepak dari Mexico dan keluarga dari Brazil memeluk Islam.
  • “Lelaki ini (peminat dari Mexico) memasuki masjid untuk mempelajari budaya umat Islam, lalu saya jelaskan kepadanya tentang rukun iman dan Islam itu agama semua nabi. 
  • “Kemudian lelaki ini ingin berada di atas agama para nabi dan memilih untuk memeluk Islam dan saya ulangi kepadanya, adakah sesiapa yang memaksa anda melakukan itu? Dia mengesahkan tiada siapa yang memaksanya,” – pendakwah, Hayyan Al-Yafei.

Seorang pendakwah mendakwa lebih 500 orang memeluk Islam sebelum dan ketika Piala Dunia 2022 berlangsung di Qatar dan jumlah itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

Menerusi beberapa video dikongsikan akaun Instagram @muslim.daily dapat menyaksikan beberapa orang peminat bola sepak telah memeluk Islam.

Peminat Mexico itu dilihat melafazkan Syahadah (kesaksian iman) di samping pendakwah Hayyan Al-Yafei dalam video dikongsikan secara meluas di platform media sosial.

“Lelaki ini memasuki masjid untuk mempelajari budaya umat Islam, lalu saya jelaskan kepadanya tentang rukun iman dan Islam itu agama semua nabi. 

Advertisement

“Kemudian lelaki ini ingin berada di atas agama para nabi dan memilih untuk memeluk Islam dan saya ulangi kepadanya, adakah sesiapa yang memaksa anda melakukan itu? Dia mengesahkan tiada siapa memaksanya,” kata Al-Yafei dalam hantaran di Facebook ketika menceritakan pengislaman lelaki dari Mexico itu.

“Dia memberitahu kami bahawa dia ingin menjadi seorang Muslim kerana keinginannya dan segala puji bagi Allah yang melapangkan dadanya dan mencerahkan hatinya. Kami memohon kepada Allah untuk kami dan agar Dia bersabar,” kata pendakwah itu.

Pada masa sama, dalam video berbeza Instagram @muslim.daily turut berkongsikan video di mana sebuah keluarga daripada negara Brazil memeluk Islam selepas tiba di Qatar untuk Piala Dunia FIFA 2022. 

Difahamkan kemungkinan semua ahli keluarga itu melafazkan syahadah ketika berada di dalam masjid.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Qatar melancarkan pavilion untuk memperkenalkan Islam dan ajarannya semasa Piala Dunia 2022.

Program itu disertai pendakwah dari beberapa negara, malah buku bercetak dalam beberapa bahasa untuk memperkenal Islam dan mempersembahkan budaya Arab, khususnya Qatar turut diedarkan.

Advertisement

Piala Dunia 2022 FIFA bermula pada 20 November lalu dengan perlawanan pembukaan di antara Qatar dan Ecuador di Stadium Al Bayt, dalam edisi pertama kejohanan antarabangsa diadakan di Timur Tengah dan dunia Arab.

Sepanjang 29 hari Piala Dunia, kejohanan itu menyaksikan 64 perlawanan dengan tirai berakhir pada 18 Disember depan bertepatan dengan Hari Kebangsaan Qatar, di Stadium Lusail dengan kapasiti 80,000 orang.

Sumber: Instagram Muslim Daily, Siasat Daily

 

Antarabangsa

Parlimen Rusia lulus undang-undang haramkan promosi LGBT di semua peringkat umur

Parlimen Rusia semalam meluluskan rang undang-undang yang memperluaskan larangan mempromosikan propaganda dan menyekat demonstrasi tingkah laku LGBT ke semua peringkat umur, demikian lapor Reuters.

Wartawan TMT

Published

on

Parlimen Rusia haramkan promosi LGBT di semua peringkat umur
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Undang-undang baharu itu akan menyebabkan sebarang bentuk ekspresi gaya hidup LGBT hampir mustahil ditonjolkan di Rusia, bagaimanapun ia masih memerlukan kelulusan dewan atasan Parlimen dan Presiden Vladimir Putin.
  • Di bawah undang-undang itu, sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan – boleh dikenakan denda yang berat.
  • Rang undang-undang baharu itu juga melarang ‘demonstrasi’ tingkah laku LGBT kepada golongan kanak-kanak.

MOSCOW – Parlimen Rusia semalam meluluskan rang undang-undang yang memperluaskan larangan mempromosikan propaganda dan menyekat demonstrasi tingkah laku LGBT ke semua peringkat umur, demikian lapor Reuters.

Ia akan menyebabkan sebarang bentuk ekspresi gaya hidup LGBT hampir mustahil ditonjolkan di Rusia.

Bagaimanapun rang undang-undang itu masih memerlukan kelulusan dewan atasan Parlimen dan Presiden Vladimir Putin sebelum dikuatkuasakan.

Di bawah undang-undang baharu itu, sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap sebagai percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan – boleh dikenakan denda yang berat.

Sebelum ini, negara terbesar di dunia itu hanya mengharamkan promosi gaya hidup LGBT ditujukan kepada kanak-kanak. 

Rang undang-undang baharu itu juga melarang ‘demonstrasi’ tingkah laku LGBT kepada kelompok kanak-kanak.

Penggubal undang-undang berkata mereka mempertahankan nilai tradisional “dunia Rusia” terhadap nilai liberal barat yang dikatakan begitu tekad untuk memusnahkan mereka – hujah itu juga semakin digunakan pegawai sebagai salah satu justifikasi untuk kempen ketenteraan Rusia di Ukraine.

Advertisement

Pihak berkuasa di Rusia juga menggunakan undang-undang sedia ada untuk menghentikan perarakan kebanggaan gay dan menahan aktivis hak gay di negara itu. 

Sumber : Reuters

 

 

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending